Addicted to DSLR..

yerp.. i’m bizi rite now.. very bizi da busy.. i’m busy to everything dat surround me.. including bizi to DSLR world..
sesuatu yang semakin dikagumi.. ALLAH itu MAHA KAYA, MAHA PENCIPTA.. menjadikan isi langit dan bumi.. SUBHANALLAH.. aku kagum dengan ciptaan mu Ya Allah.. untuk maklumat lanjut.. layari.. semakin sibuk di sini..

Advertisements

..Kini Kembali..

Busy? terlalu busy..

Sibuk? terlalu sibuk..

kenapa??

begini..

1) Universiti Malaya

– assignment berlambak hak yang amat!!

Strategic Management, presented on 3/02/09 : 3/02/09 adalah hari pertama selepas cuti mid-sem UM yang terlalu awal itu(selepas week 4 ok).. bayangkan how tue solve and do the best presentation sbb as usual lah bila dah cuti nie, homework pun cuti.. tambah masalah lagi ada 2 orang ahli lain selain aku, Faj dan anis adalah 2 orang chinese dari fsktm (sc.comp).. sangat tension sebab banyak tul karenah diorang nie.. nak discuss je x boleh.. susah la biler lain fac.. tapi, 1 thing dah tau.. lain betul perangai chinese di fpp (p’niagaan & p’akaunan) dengan sc.comp nie.. kenapa? lu fikir la sendiri!

Commercial Law, to be submit on 10/02/09 : kami diberi tugasan untuk ke 7 tempat ini (1 suruhanjaya syarikat malaysia, 2 biro bantuan guaman, 3 pusat bantuan guaman, 4 mahkamah tinggi bahagian dagang, 5 mahkamah tinggi, 6 tribunal tuntutan pengguna malaysia, 7 tribunal tuntutan pembeli rumah malaysia).. wah, so many rite?? dalam pada tue ada plak requirement tambahan iaitu perlu submitkan report bersama2 dengan 2 keping gambar kesemua ahli kumpulan di setiap lokasi tersebut. macam nak pengsan.. kelas sume orang lain2 ok.. nasib la 4 orang dalam group, ada sahaja halangan masa nak pergi kesemua tempat tue (kaki bengkak sebab terseliuh, tukang bawa jalan tak bangun tidur) tapi bila dah sampai ke tempat2 tue kami dilayan dengan baik sekali oleh kerani-kerani dan pegawai kat situ (kecuali mak guard kat kementerian perumahan dan kerajaan tempatan untuk tribunal tuntutan pembeli rumah kat damansara) dan bab report sume cool je (means tak cerewet).. cayalah! p/s: bengang giler dengan mak guard KPKT : lebih sudu dari kuah!) + kitorg dah tau sume fungsi tempat2 nie dan prosedur daftar syarikat, fail writ saman, hak pengguna, bantuan guaman, dll.) 

2) Family

Accident : sangat sentap ok bila dapat tau yang adik lelaki aku di Hospital Tuanku Permaisuri Bainun (duluny Hospital Ipoh).. Tak cukup dengan terlibat dengan kemalangan yang mana menyebabkan aku benci dengan polis trafik (dia keluar simpang naik kereta langgar adik aku yang naik scrambler (moto untuk race motorcross), kaki adik tersepit dan patah 3 jari kaki kanan (no.2, 4 n 5 dari ibu jari kaki)) adik aku inform yang jari ke-4 die mungkin akan dipotong! What?? kurang ajar nya polis trafik itu sebab die mahu settle cara baik maknanya tak buat report, dan dia tak pernah tengok adikku di hospital apatah lagi tawarkan diri untuk settlekan bayaran ciput hospital kerajaan!! dan 2 hari lepas, adik call inform jari kaki ke-4 dia dah di potong sepenuhnya not half . Hilang satu jari kaki! Mak sangat sedih sebab adik dilahirkan sempurna tiba-tiba?? Allah Maha Kaya dari kamu polis trafik itu!.. p/s : terima kasih kepada bakal bapa mertua saya yang membantu rujuk pakar ortopedik HKL (untuk adik saya) dan pakar ENT (untuk mak saya)..

Sekian saja kisah dari saya yang lama tak update..

..Busy + Headache..

Sangat banyak benda berlaku.. Maka, blog direhatkan untuk tempoh 10 hari dari sekarang.. Wish me luck and semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.. ameen..

..Blog yang tak sabar ditunggu ke’update’annya..

nie blog yang memang sangat suka + best.. dan ianya tak mengikut ranking.. susunan ini adalah untuk membuatkan blog ini kemas.. =)

syerahomarindahoneylalala

diyanazman

aliasyraf
mysarah

kudozu

otak2

 

 

..Kek Batik Biskut Marie..

sangat malas nak hupdate even ada celcom broadband.. hehe..

kek batik biskut marie 1kek batik biskut marie 2kek batik biskut marie 3

ehem.. cuti nie rasa nak berjinak-jinak dengan dunia dapur.. tapi tak tau lagi akan jadi realiti or angan yang tak sudah.. =)  maka, terhasillah kek batik biskut marie nie.. bukannya baru first time buat, tapi dah kat 5 tahun tak buat.. hehe..

actually, gambar siap tak sempat nak capture sebab buatnya jam 6 petang.. then malam, my cousin yang kechik-kechik sume dah tak sabar-sabar nak makan.. den, terpaksa larikan part yang korang tengok semacam jek berlemoih nya.. my anak sedara pulak, dah merajuk sebab tak dapat makan malam tue coz mak die nak bawak pergi makan ikan bakar dengan geng-geng kerja, masa tengah buat.. meroy kejap budak-budak tue.. makcik pun sempat rompak suku.. =) kiranya, nielah cebisan-cebisan akhir yang my anak-anak sedara sempat makan kul 11 pagi esoknya.. diorang cakap mak long kedekut! padahal dah habih.. hampeh! 

 

RESEPI KEK BATIK BISKUT MARIE

Bahan-bahan :

1) 1 buttercup – RM4++

2) 1 paket kecik milo – RM 4.60

3) 1 tin susu cair Carnation  – RM2.60

4) 2 sudu besar serbuk koko – free dari dapur

5) 2 sudu besar gula – free dari dapur

5) 300gm Biskut Marie Munchy’s – RM3.60

Cara membuatnya :

1) Masukkan sume bahan ke dalam periuk dengan api perlahan kecuali biskut Marie.

2) Kacau sume tadi hingga pekat.

3) Tutup api. Masukkan biskut Marie dan kacau hingga sebati.

4) Masukkan ke dalam loyang atau tupperware dan mampatkan.

5) Masukkan dalam peti sejuk untuk lebih best dan makan!

SELAMAT MENCUBA!!

 

p/s : Nie laa kek paling senang nak buat. Buttercup tak perlu dihilangkan kesejukkannya, kek tak perlu dibakar. hahaha.. Mesti ramai orang tau buat punyalah.. haha.. Saje nak share kepada yang tak tau..

..SERIOUSLY!!..

hurm.. dah kul 3:53 pagi.. banyak benda tak baca lagi.. nanti kul 3petang exam Bahasa Arab Peringkat 1.. so, nak cerita pasal SERIOUSLY…

1) SERIOUSLY!! aku tak baca lagi untuk paper arab setakat nie.. sebab aku asyik pikir pasal paper corporate tax and managerial finance yang serentak rabu nie.. aku tak nak dah mik paper sama tarikh.. nasib tak sama waktu.. kalau tak kuarantin laa jawabnya!! aku sangat susah hati dengan carry mark yang 40% tapi aku dapat sikit gilerrrrrrrr… susah hati jek.. study nyer??

2) SERIOUSLY!! aku sangat bengang dengan kekalahan MU!! huh! sakitnya hati aku! rasa macam nak tendang Christiano Ronaldo masuk gawang gol tue.. untuk makluman korang, walaupun aku minat giler babeng dengan MU, aku tak minat langsung dengan CR tue!! and aku sangat bengong bila Beckham nak blah dari MU dulu + aku rasa nak tendang kasut bola ke dahi Alex Ferguson..

3) SERIOUSLY!! aku sibuk donlod dr youtube citer2 disney jek sekarang nie.. tak cukup tue, aku convert ke 3gp, transfer masuk hp.. so, duduk saja2 aku tengok citer or dengar lagu nye.. disney ny citer yang zaman lukis2 dulu serius best!! yang dah berjaya donlod : beauty and the beast, cinderella (3series), snow white and the 7 dwarfs, sleeping beauty, the little mermaid, peter pan, jungle book, aladdin i, lion king & pinocchio.. walaupun dah sampai limited 100 videos je leh donlod, ak berusaha gi donlod guna laptop arenawati ngan atranja.. thanks korang!!

4) SERIOUSLY!! malam nie jek aku makan Chicken McNugget McD, Set Snack Plate KFC, Vono Mushroom Soup (original), Cadbury Chocolate.. Nafsu makan aku besar betul akhir2 nie.. jangan nanti time akad nikah kembang semangkuk dah.. selama seminggu nie.. dah 3 hari berturut2 sudah aku makan nasi putih+ tomyam seafood + kailan masin yang kawan2 aku beli kat 6th.. last makan sabtu malam, ke toilet masa makanan tinggal suku jek lagi! haha.. dah tak sambung dah pastue sebab lama tul aku habiskan masa at tempat tue..

5) SERIOUSLY!! Aku terlalu rasa nak balik ke rumah kalau boleh sekarang jugak.. selalu tue bukan laa tak nak kan.. tapi, takde la sampai ke tahap excited macam sekarang nie. Bukan sebab ade benda pape yang best kat sana.. Tapi SERIOUSLY!! tok aku tiba-tiba sakit..Adik aku bitau masa lagi 4 hari nak exam! paper pulak straight 3 hari.. Tak boleh nak jalan sebab tulang die dh tak kuat.. Allah bagi dugaan tak perlu tunggu2 or dicari.. Bila Allah kata kun, maka KUN! so, sangat susah hati.. Fikir sape jaga dia, mandikan dia, suapkan dia makan. Bukan aku tak percaya kat mak, makcik dengan adikku kat rumah tue.. Tapi aku tak puas hati sebab aku tak tengok sendiri.. Aku sangat susah hati sampai masa tengah study hari tue aku nangis sebab teringatkannya.. Janganlah marahkan dia.. Anak 8 orang, cucu 28 orang, cicit 6 orang.. boleh kata semua tok bela kecuali cicit 3 orang.. Tue jek aku mintak.. Lepas je exam 3 paper direct tue.. terus call tok.. dia boleh cakap lagi dan boleh jaga kedai lagi.. tapi tak tau kenapa hati sangat sebak! nasib dah hujung sem.. Apa-apa jadi pun, aku dah cuti nanti.. Tok pun macam tak sabar nak tunggu aku balik.. sabar ye tok! Moga panjang umur. Nurul tak boleh bayang kalau tok tak de satu hari nanti.. huhu.. nak nangis dah.. tukar topik!

6) SERIOUSLY!! aku dah tengok bajet aku untuk setahun akan datang, aku perlukan kira2 rm15,000.. bila laa duit nak beranak kat bawah katil or tikar getah? or turun dari langit sama-sama dengan hujan?? banyak benda penting aku nak beli.. Kalau boleh tanpa guna Biasiswa JPA aku tuh.. Hurmm.. bukan nak buat down payment kereta laaaaaaaaa..

7) SERIOUSLY!! aku sangat tensen.. banyak benda main kat kepala aku sekarang.. dan selalu fikir sama ada aku nie manusia yang bertuah ada kat dunia nie or tak.. sebab kadang-kadang aku tengok, orang lupa kat Allah dapat lagi banyak kejayaan. tak perlu ingat allah pun, kejayaan macam orang sentiasa duduk kat tikar sembahyang padahal tak pernah pun. Mungkin Allah nak menguji sama ada die sedar or tak tanggungjawab dia dan Allah tak nak bagi aku lupa diri.. Amin!!

sekian sahaja.. selamat exam!! nak sambung study balik.. huhu..

4:35 pagi..

..Exam mode..

to all students yang sibuk nak exam..

Saya pun exam gak.. 6 papers.. huhu..

05/11 – Critical Thinking

06/11 – Management

07/11 – Managerial Accounting I

10/11 – Arabic Language I

12/11 – Financial Management; Business and Corporate Taxation