Addicted to DSLR..

yerp.. i’m bizi rite now.. very bizi da busy.. i’m busy to everything dat surround me.. including bizi to DSLR world..
sesuatu yang semakin dikagumi.. ALLAH itu MAHA KAYA, MAHA PENCIPTA.. menjadikan isi langit dan bumi.. SUBHANALLAH.. aku kagum dengan ciptaan mu Ya Allah.. untuk maklumat lanjut.. layari.. semakin sibuk di sini..

Advertisements

..Maaf..

blog direhatkan sementara waktu atas sebab kekangan masa..

..Kini Kembali..

Busy? terlalu busy..

Sibuk? terlalu sibuk..

kenapa??

begini..

1) Universiti Malaya

– assignment berlambak hak yang amat!!

Strategic Management, presented on 3/02/09 : 3/02/09 adalah hari pertama selepas cuti mid-sem UM yang terlalu awal itu(selepas week 4 ok).. bayangkan how tue solve and do the best presentation sbb as usual lah bila dah cuti nie, homework pun cuti.. tambah masalah lagi ada 2 orang ahli lain selain aku, Faj dan anis adalah 2 orang chinese dari fsktm (sc.comp).. sangat tension sebab banyak tul karenah diorang nie.. nak discuss je x boleh.. susah la biler lain fac.. tapi, 1 thing dah tau.. lain betul perangai chinese di fpp (p’niagaan & p’akaunan) dengan sc.comp nie.. kenapa? lu fikir la sendiri!

Commercial Law, to be submit on 10/02/09 : kami diberi tugasan untuk ke 7 tempat ini (1 suruhanjaya syarikat malaysia, 2 biro bantuan guaman, 3 pusat bantuan guaman, 4 mahkamah tinggi bahagian dagang, 5 mahkamah tinggi, 6 tribunal tuntutan pengguna malaysia, 7 tribunal tuntutan pembeli rumah malaysia).. wah, so many rite?? dalam pada tue ada plak requirement tambahan iaitu perlu submitkan report bersama2 dengan 2 keping gambar kesemua ahli kumpulan di setiap lokasi tersebut. macam nak pengsan.. kelas sume orang lain2 ok.. nasib la 4 orang dalam group, ada sahaja halangan masa nak pergi kesemua tempat tue (kaki bengkak sebab terseliuh, tukang bawa jalan tak bangun tidur) tapi bila dah sampai ke tempat2 tue kami dilayan dengan baik sekali oleh kerani-kerani dan pegawai kat situ (kecuali mak guard kat kementerian perumahan dan kerajaan tempatan untuk tribunal tuntutan pembeli rumah kat damansara) dan bab report sume cool je (means tak cerewet).. cayalah! p/s: bengang giler dengan mak guard KPKT : lebih sudu dari kuah!) + kitorg dah tau sume fungsi tempat2 nie dan prosedur daftar syarikat, fail writ saman, hak pengguna, bantuan guaman, dll.) 

2) Family

Accident : sangat sentap ok bila dapat tau yang adik lelaki aku di Hospital Tuanku Permaisuri Bainun (duluny Hospital Ipoh).. Tak cukup dengan terlibat dengan kemalangan yang mana menyebabkan aku benci dengan polis trafik (dia keluar simpang naik kereta langgar adik aku yang naik scrambler (moto untuk race motorcross), kaki adik tersepit dan patah 3 jari kaki kanan (no.2, 4 n 5 dari ibu jari kaki)) adik aku inform yang jari ke-4 die mungkin akan dipotong! What?? kurang ajar nya polis trafik itu sebab die mahu settle cara baik maknanya tak buat report, dan dia tak pernah tengok adikku di hospital apatah lagi tawarkan diri untuk settlekan bayaran ciput hospital kerajaan!! dan 2 hari lepas, adik call inform jari kaki ke-4 dia dah di potong sepenuhnya not half . Hilang satu jari kaki! Mak sangat sedih sebab adik dilahirkan sempurna tiba-tiba?? Allah Maha Kaya dari kamu polis trafik itu!.. p/s : terima kasih kepada bakal bapa mertua saya yang membantu rujuk pakar ortopedik HKL (untuk adik saya) dan pakar ENT (untuk mak saya)..

Sekian saja kisah dari saya yang lama tak update..

..update??..

sangat tiada mood.. sejak seminggu 2 nie.. i’ll update sooon.. tadaaaaaaaa..

..Busy + Headache..

Sangat banyak benda berlaku.. Maka, blog direhatkan untuk tempoh 10 hari dari sekarang.. Wish me luck and semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.. ameen..

..Turun, turun lagi..

Petrol, diesel turun 15 sen mulai esok

17/11/2008 6:08pm

Harga petrol RON97, RON92 dan diesel dikurangkan sebanyak 15 sen seliter masing-masingberkuatkuasa mulai esok 18 November.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga baru petrol RON97 ialah RM2.00 seliter daripada RM2.15, petrol RON92 ialah RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05.

Beras ST5 turun 20 sen dan ST10 30 sen – Mustapa

17/11/2008 6:59pm

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Harga siling beras lima peratus hancur tempatan (ST5) turun 20 sen kepada RM2.60 sekilogram daripada RM2.80 manakala beras 10 peratus hancur tempatan (ST10) turun 30 sen kepada RM2.40 berbanding RM2.70 sebelum ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga baru itu mula diwartakan semalam.

“Harga beras ini merupakan harga barang yang dikawal kerajaan. Pewartaan ini bagi membolehkan kerajaan membuat kawalan terhadap harga tersebut,” katanya.

Mustapa berkata, berdasarkan pemantauan, terdapat pasar raya yang telah menurunkan harga beras manakala beberapa kedai runcit masih menjualnya pada harga yang lama.

“Mana-mana peruncit yang tidak mematuhi harga siling ini boleh diambil tindakan oleh pihak kawal selia padi dan beras di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga (1992),” katanya.

– Bernama

 

 

Seluruh rakyat Malaysia yang bergelar pengguna sentiasa menunggu apa lagi yang boleh turun mengenai barang-barang keperluan. Dan alhamdulillah, harga minyak yang sudah turun, turun lagi tengah malam ini untuk kali ke-5. Selain itu, kerajaan juga mengumumkan penurunan harga beras. Bagi mereka yang gemar travel dan berjalan-jalan pasti lebar senyuman tatkala mendengar berita ini. Lepas ini, bolehlah cuti-cuti Malaysia dengan aman bahagia. 

Apa yang dimahukan oleh pengguna pada masa ini adalah penurunan harga barangan runcit. Kos sara hidup pada masa ini dianggarkan terlalu tinggi dan ianya menyusahkan pengguna yang sumber pendapatannya rendah dan mempunyai bilangan isi rumah yang tinggi dalam makna kata lain dari segi pendapatan per kapita.

Kerajaan pada masa ini mengambil langkah untuk memantau dan menyerbu premis-premis yang sesuka hati menaikkan harga barangan runcit. Lantas tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Itu di pihak pengguna dan kerajaan. Bagaimana pula di pihak peruncit? Tidak adakah pihak yang mahu membela nasib mereka ini? Saya bukanlah berada di pihak peruncit. Tapi cuba menyelami hati mereka yang menjadi orang tengah antara pemborong dan pengguna. Antara situasi yang dihadapi oleh pihak peruncit adalah mengenai :

1) Harga barang kawalan – gula. Penjualan 1kg gula misalnya telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dengan harga siling RM1.50. Pemborong menjual dengan RM1.45 kepada peruncit. Untung hanyalah sebanyak 5sen sebelum ditolak dengan harga plastik pembungkus. Jangan anda fikir untung menjual 1kg gula adalah 20sen ke atas.

2) Harga barang kawalan – minyak masak. Pernah suatu ketika, di waktu krisis kekurangan minyak masak, harga siling yang ditetapkan adalah RM2.50. Pemborong juga meletakkan harganya pada RM2.50. Adakah berbaloi peruncit menjual juga pada harga RM2.50? Perlukah peruncit membuka kedai untuk kerja-kerja kebajikan? Lebih baik mendaftar sebagai ahli Mercy Malaysia sahaja!

3) Harga sayuran. Pagi tadi, saya tonton siaran Malaysia Hari Ini (MHI) di tv3. Terdapat peniaga gerai makanan yang membuat aduan mengenai kenaikan harga sayur-sayuran di pasar. Yang diberitahu, ketika musim perkahwinan, harga sayuran yang pada asalnya RM3.00 sekg menjadi RM4.50. Adakah masih berbaloi peniaga tersebut mengekalkan kos jika kuantiti sayur yang dimasukkan sama seperti sebelum musim perkahwinan? Rugilah jawabnya. Maka, peniaga pula mengambil langkah bijak dengan mengurangkan kuantiti bahan-bahan seperti sayuran, ikan, daging dan ayam. Pembeli? Pastilah mengamuk sakan!

Saya akui, terdapat segelintir peruncit yang menaikkan harga barang secara melampau. Ditegaskan sekali lagi, segelintir sahaja.

Pada pandangan saya terhadap :

1) Kerajaan. Kerajaan iaitu kementerian yang sewajarnya perlu menetapkan harga barang ini mengikut stage penjualan. Maksud saya, tetapkan harga bagi pihak pelanggan, peruncit, pembekal dan pemborong secara berasingan. Dedahkan melalui media massa mengenai harganya biar satu Malaysia tahu.

2) Pembekal. Anda yang melalui jerit perih dalam penghasilan beras, ikan dan sayur bermutu. Bersatulah untuk menetapkan harga yang berpatutan kepada pemborong dengan mengambilkira kos-kos yang terlibat ketika penghasilan barangan selain risiko kerosakan barangan. 

3) Pemborong. Anda menanggung kos pengangkutan, pencarian peruncit dan risiko ancaman kehilangan barangan. Janganlah mengambil kesempatan untuk meraih untung berlipat-ganda ketika di peringkat ini.

4) Peruncit. Terutama sekali yang beragama Islam, ingatlah : Jangan meraih untung melebihi separuh dari kosnya! 

5) Pengguna. Teruslah memperjuangkan hak anda sebagai pengguna!

 

P/s: Tahukah anda? Satu benda je yang turun dan tak akan naik sampai bila-bila? —-> hujan! hehe..

..Teksi oh teksi..

Terima kadar baru tambang teksi tahun depan.

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Semua pihak diminta menerima keputusan kerajaan yang akan mengumumkan kadar baru tambang teksi pada tahun depan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, ia akan diumumkan selepas para pemandu teksi tidak berpuas hati dengan kadar lama yang diperkenalkan sejak 2005, meminta kerajaan mengkajinya semula.

”Kita akui tambang yang dikenakan hari ini agak murah jika dibandingkan dengan negara lain.

”Kadar baru itu nanti diharap boleh diterima rakyat,” katanya sewaktu menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, persatuan teksi sudah membuat permohonan kenaikan 100 peratus dan kerajaan sedang mengkaji kadar baru itu. -Petikan Utusan Malaysia.

Cadangan kenaikan 100% ?? sentap sangat masa terbaca isu teksi ini pada pagi 11/11/08 jam 0245. Cuma masa tidak mengizinkan saya untuk update blog kerana sibuk dengan mood peperiksaan. Jam 8 pagi cari stesen radio yang ada cakap tentang perkara ini dan jumpa! ikim.fm, pilihan utama. Semua sedia maklum yang setiap teksi perlu menggunakan meter.

Ada yang memandang kenaikan tambang ini sebagai sesuatu yang positif tidak kurang juga yang negatif. Pastinya setiap perkara yang dibualkan diselitkan dengan bukti-bukti kukuh iaitu atas dasar pengalaman ketika menggunakan perkhidmatan ini.

Jika saya seorang pemandu teksi, pastinya saya setuju akan kenaikan ini. Maklumlah, sewa teksi perlu dibayar juga, tanggungan di rumah pun ramai menanti, hendak bagi anak isteri makan apa kalau hanya dapat rm 2 satu hari. tapi ianya mustahil! jika di Kuala Lumpur.

Jika di Pulau Pinang, memang tak mustahil. Bukan kerana orang-orang di Pulau Pinang itu semuanya berkenderaan. Bilangan penduduk yang menggunakan perkhidmatan teksi itu sendiri terlalu sedikit. Di Pulau Pinang, tahap sosialnya tinggi tetapi tidaklah seteruk Kuala Lumpur. Rapidpenang pun telah disediakan walaupun nilainya bukan RM1 sehari, tetapi sekali naik, sekali bayar adalah jauh lebih murah dari teksi.

Ini adalah kata-kata yang diberikan oleh pemandu teksi Pulau Pinang tentang penggunaan meter pada teksi mereka yang selama saya naik, tidak pernah ada satu pun yang gunakan meter :

1) Harga minyak. Teksi KL gunakan NGV. Teksi penang, petrol. Harga petrol lebih tinggi dari harga NGV. Hendak tukar ke NGV mahal.

2) Pelanggan. Sedikit tak seperti di Kuala Lumpur. Banyak yang cerok tok kun (kawasan agak terpencil or pedalaman bukan nama tempat). Balik Pulau, Gertak Sanggul dan lain-lain. BIla sudah hantar, nak kembali ke bandar tiada pelanggan lagi. Teksi kosong, kos tetap berjalan. Mustahil masih nak tunggu di situ selagi tiada pelanggan yang mahu ke bandar.

3) Harga barang. Harga barang naik. Nak bagi anak isteri kat rumah makan. Anak ada yang masuk IPTA IPTS. Mahu bayar elektrik, air, astro.

Macam-macam lagi alasan yang diberikan. Ada yang logik dan memang boleh diterima akal tak kurang juga yang sebaliknya. Bagaimana pula dengan pelanggan tentang prinsip : Customer always right! ? Pelanggan berhak untuk bersuara. Saya lihat kementerian juga perlu menilai dari segi pelanggan. Para menteri perlu cuba untuk naik teksi dan bersama-sama rakyat lihat gelagat-gelagat teksi di Kuala Lumpur yang sesuka hati tidak menggunakan meter dan tambang yang dikenakan adalah di tahap cekik darah. Saya sendiri ‘terkena’ dengan teksi-teksi ini. 3 kali di Kuala Lumpur.

1) Perjalanan Puduraya-Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, Universiti Malaya. Tarikh : Disember 2006. Masa : 4 petang. Tambang dikenakan : RM20. Harga asal : RM8. Untung kepada pemandu : RM12. Kalau 10 orang yang seperti saya : RM12 x 10 = RM120.

2) Perjalanan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) – KL Sentral. Tarikh : Mac 2007. Masa : 2 petang. Tambang dikenakan : RM10. Tambang asal : RM2.50 – RM4. Untung : RM6 – RM7.50. Dijangkakan penguna Plusliner dan NIce seramai 600 orang (20 destinasi x 30 penumpang setiap bas). Yang naik katakan satu bas 10 orang. Jika semuanya mahu ke KL sentral sahaja?? untung RM60 hingga RM 75. Untuk jarak yang terlalu dekat? Saya pun nak jadi pemandu teksi!

3) Perjalanan Belakang Perpustakaan Utama, Universiti Malaya – Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi. Tarikh : September 2008. Masa : 2 petang. Tambang dikenakan : RM4. Tambang asal : RM2.30 – RM2.50. Untung : RM1.50. 10 kali naik, untung RM15. Pandu teksi dalam UM pun boleh kaya. Sangat perlu naik teksi di hari hujan dan keadaan-keadaan terdesak.

4)  Perjalanan Hentian Bas Sunagi Nibong – Tabung Haji Bayan Lepas. Tambang dikenankan : RM18. Tambang asal : RM 10 (jika tahan teksi luar dari hentian bas). Jika jarak yang sama tetapi di Kuala Lumpur : RM 6. Berbaloikah??

Serik naik teksi? Bila terdesak, masih perlu naik. Kerajaan perlu faham mengenai pelanggan juga. Tidak semua rakyat Malaysia berkemampuan untuk mempunyai kenderaan sendiri. Naik perkhidmatan awam lain? Tidak semua kawasan yang mempunyai kemudahan bas yang baik. Masih banyak lagi negeri yang tiada LRT. Rakyat bukan mahukan LRT kerana faham kosnya yang tinggi tetapi harga yang berbaloi.

Kenapa teksi-teksi ulat masih berleluasa di Kuala Lumpur? Mengenakan tambang yang berganda-ganda nilai dari yang asal. Bilangan teksi mungkin perlu dihadkan. Apatah lagi kereta-kereta sapu yang cukup tidak terjamin  keselamatannya terlalu banyak sekarang. Ditambah lagi dengan ragam pemandu yang ada sesetengahnya GSTK (Gila Seks Tanpa Kawalan), Kaki judi dan sebagainya. Luar Kuala Lumpur? adakah berbaloi naik teksi dengan tambang berganda tetapi servisnya terlalu teruk?

Kenaikan harga memang perlu penelitian yang mendalam. Harga tetap yang dikenakan sebanyak RM 2.10 pada masa ini di Kuala Lumpur perlu dikaji semula jika ingin terima cadangan dari Persatuan Teksi mengenai kenaikan 100%. Berbaloikah naik untuk jarak yang dekat seperti di dalam kampus terutamanya, atau di kawasan-kawasan lain amnya. Cadangan saya, kerajaan perlu tentukan harga mengikut jarak perjalanan. Golongan OKU pun ramai yang perlu naik teksi.

Apa pengalaman anda?? adakah kenaikan tambang wajar?? sila komen..

p/s Memalukan bila tambang teksi melampau dikenakan kepada warga asing dan rakyat malaysia!! Pernah terdengar sendiri ketika di KLCC. Jarak KLCC-Bukit Bintang RM20. Berbaloikah??