..Kini Kembali..

Busy? terlalu busy..

Sibuk? terlalu sibuk..

kenapa??

begini..

1) Universiti Malaya

– assignment berlambak hak yang amat!!

Strategic Management, presented on 3/02/09 : 3/02/09 adalah hari pertama selepas cuti mid-sem UM yang terlalu awal itu(selepas week 4 ok).. bayangkan how tue solve and do the best presentation sbb as usual lah bila dah cuti nie, homework pun cuti.. tambah masalah lagi ada 2 orang ahli lain selain aku, Faj dan anis adalah 2 orang chinese dari fsktm (sc.comp).. sangat tension sebab banyak tul karenah diorang nie.. nak discuss je x boleh.. susah la biler lain fac.. tapi, 1 thing dah tau.. lain betul perangai chinese di fpp (p’niagaan & p’akaunan) dengan sc.comp nie.. kenapa? lu fikir la sendiri!

Commercial Law, to be submit on 10/02/09 : kami diberi tugasan untuk ke 7 tempat ini (1 suruhanjaya syarikat malaysia, 2 biro bantuan guaman, 3 pusat bantuan guaman, 4 mahkamah tinggi bahagian dagang, 5 mahkamah tinggi, 6 tribunal tuntutan pengguna malaysia, 7 tribunal tuntutan pembeli rumah malaysia).. wah, so many rite?? dalam pada tue ada plak requirement tambahan iaitu perlu submitkan report bersama2 dengan 2 keping gambar kesemua ahli kumpulan di setiap lokasi tersebut. macam nak pengsan.. kelas sume orang lain2 ok.. nasib la 4 orang dalam group, ada sahaja halangan masa nak pergi kesemua tempat tue (kaki bengkak sebab terseliuh, tukang bawa jalan tak bangun tidur) tapi bila dah sampai ke tempat2 tue kami dilayan dengan baik sekali oleh kerani-kerani dan pegawai kat situ (kecuali mak guard kat kementerian perumahan dan kerajaan tempatan untuk tribunal tuntutan pembeli rumah kat damansara) dan bab report sume cool je (means tak cerewet).. cayalah! p/s: bengang giler dengan mak guard KPKT : lebih sudu dari kuah!) + kitorg dah tau sume fungsi tempat2 nie dan prosedur daftar syarikat, fail writ saman, hak pengguna, bantuan guaman, dll.) 

2) Family

Accident : sangat sentap ok bila dapat tau yang adik lelaki aku di Hospital Tuanku Permaisuri Bainun (duluny Hospital Ipoh).. Tak cukup dengan terlibat dengan kemalangan yang mana menyebabkan aku benci dengan polis trafik (dia keluar simpang naik kereta langgar adik aku yang naik scrambler (moto untuk race motorcross), kaki adik tersepit dan patah 3 jari kaki kanan (no.2, 4 n 5 dari ibu jari kaki)) adik aku inform yang jari ke-4 die mungkin akan dipotong! What?? kurang ajar nya polis trafik itu sebab die mahu settle cara baik maknanya tak buat report, dan dia tak pernah tengok adikku di hospital apatah lagi tawarkan diri untuk settlekan bayaran ciput hospital kerajaan!! dan 2 hari lepas, adik call inform jari kaki ke-4 dia dah di potong sepenuhnya not half . Hilang satu jari kaki! Mak sangat sedih sebab adik dilahirkan sempurna tiba-tiba?? Allah Maha Kaya dari kamu polis trafik itu!.. p/s : terima kasih kepada bakal bapa mertua saya yang membantu rujuk pakar ortopedik HKL (untuk adik saya) dan pakar ENT (untuk mak saya)..

Sekian saja kisah dari saya yang lama tak update..

..Busy + Headache..

Sangat banyak benda berlaku.. Maka, blog direhatkan untuk tempoh 10 hari dari sekarang.. Wish me luck and semoga semuanya berjalan dengan lancar dan sempurna.. ameen..

..SERIOUSLY!!..

hurm.. dah kul 3:53 pagi.. banyak benda tak baca lagi.. nanti kul 3petang exam Bahasa Arab Peringkat 1.. so, nak cerita pasal SERIOUSLY…

1) SERIOUSLY!! aku tak baca lagi untuk paper arab setakat nie.. sebab aku asyik pikir pasal paper corporate tax and managerial finance yang serentak rabu nie.. aku tak nak dah mik paper sama tarikh.. nasib tak sama waktu.. kalau tak kuarantin laa jawabnya!! aku sangat susah hati dengan carry mark yang 40% tapi aku dapat sikit gilerrrrrrrr… susah hati jek.. study nyer??

2) SERIOUSLY!! aku sangat bengang dengan kekalahan MU!! huh! sakitnya hati aku! rasa macam nak tendang Christiano Ronaldo masuk gawang gol tue.. untuk makluman korang, walaupun aku minat giler babeng dengan MU, aku tak minat langsung dengan CR tue!! and aku sangat bengong bila Beckham nak blah dari MU dulu + aku rasa nak tendang kasut bola ke dahi Alex Ferguson..

3) SERIOUSLY!! aku sibuk donlod dr youtube citer2 disney jek sekarang nie.. tak cukup tue, aku convert ke 3gp, transfer masuk hp.. so, duduk saja2 aku tengok citer or dengar lagu nye.. disney ny citer yang zaman lukis2 dulu serius best!! yang dah berjaya donlod : beauty and the beast, cinderella (3series), snow white and the 7 dwarfs, sleeping beauty, the little mermaid, peter pan, jungle book, aladdin i, lion king & pinocchio.. walaupun dah sampai limited 100 videos je leh donlod, ak berusaha gi donlod guna laptop arenawati ngan atranja.. thanks korang!!

4) SERIOUSLY!! malam nie jek aku makan Chicken McNugget McD, Set Snack Plate KFC, Vono Mushroom Soup (original), Cadbury Chocolate.. Nafsu makan aku besar betul akhir2 nie.. jangan nanti time akad nikah kembang semangkuk dah.. selama seminggu nie.. dah 3 hari berturut2 sudah aku makan nasi putih+ tomyam seafood + kailan masin yang kawan2 aku beli kat 6th.. last makan sabtu malam, ke toilet masa makanan tinggal suku jek lagi! haha.. dah tak sambung dah pastue sebab lama tul aku habiskan masa at tempat tue..

5) SERIOUSLY!! Aku terlalu rasa nak balik ke rumah kalau boleh sekarang jugak.. selalu tue bukan laa tak nak kan.. tapi, takde la sampai ke tahap excited macam sekarang nie. Bukan sebab ade benda pape yang best kat sana.. Tapi SERIOUSLY!! tok aku tiba-tiba sakit..Adik aku bitau masa lagi 4 hari nak exam! paper pulak straight 3 hari.. Tak boleh nak jalan sebab tulang die dh tak kuat.. Allah bagi dugaan tak perlu tunggu2 or dicari.. Bila Allah kata kun, maka KUN! so, sangat susah hati.. Fikir sape jaga dia, mandikan dia, suapkan dia makan. Bukan aku tak percaya kat mak, makcik dengan adikku kat rumah tue.. Tapi aku tak puas hati sebab aku tak tengok sendiri.. Aku sangat susah hati sampai masa tengah study hari tue aku nangis sebab teringatkannya.. Janganlah marahkan dia.. Anak 8 orang, cucu 28 orang, cicit 6 orang.. boleh kata semua tok bela kecuali cicit 3 orang.. Tue jek aku mintak.. Lepas je exam 3 paper direct tue.. terus call tok.. dia boleh cakap lagi dan boleh jaga kedai lagi.. tapi tak tau kenapa hati sangat sebak! nasib dah hujung sem.. Apa-apa jadi pun, aku dah cuti nanti.. Tok pun macam tak sabar nak tunggu aku balik.. sabar ye tok! Moga panjang umur. Nurul tak boleh bayang kalau tok tak de satu hari nanti.. huhu.. nak nangis dah.. tukar topik!

6) SERIOUSLY!! aku dah tengok bajet aku untuk setahun akan datang, aku perlukan kira2 rm15,000.. bila laa duit nak beranak kat bawah katil or tikar getah? or turun dari langit sama-sama dengan hujan?? banyak benda penting aku nak beli.. Kalau boleh tanpa guna Biasiswa JPA aku tuh.. Hurmm.. bukan nak buat down payment kereta laaaaaaaaa..

7) SERIOUSLY!! aku sangat tensen.. banyak benda main kat kepala aku sekarang.. dan selalu fikir sama ada aku nie manusia yang bertuah ada kat dunia nie or tak.. sebab kadang-kadang aku tengok, orang lupa kat Allah dapat lagi banyak kejayaan. tak perlu ingat allah pun, kejayaan macam orang sentiasa duduk kat tikar sembahyang padahal tak pernah pun. Mungkin Allah nak menguji sama ada die sedar or tak tanggungjawab dia dan Allah tak nak bagi aku lupa diri.. Amin!!

sekian sahaja.. selamat exam!! nak sambung study balik.. huhu..

4:35 pagi..

..Tragedi Eidulfitri.. Episod 3

Aarrggghhh!! 999 jelah! Teringat iklan kat TV plak.. apetah slogannya.. lupa sudey..

Tut, tut, tut.. Lembab! Nie bukan panggilan palsu laa.. cepatlaaaaaa.. huhu..

Masih tak berjawab. Tap! Putus… arrrrrrrgggggggggggghhhhhhhhh!! Menggigil giler dah nie.. eeeeiii..

Next trial.. lembaaaaaaaabnye.. jawab la, jawab la.. “Helo. Boleh saya bantu?” “saya nurul. Boleh saya dapatkan no telefon polis **********??” “kenapa ye cik?” “hmmm.. ada kejadian pecah masuk. Tapi diorg sempat pecah tak sempat masuk.. cume sekarang nie diorang berlegar kat kawasan nie sambil bawak parang sorang satu. Ada dalam 5 ke 6 orang.” “betul ke nie cik?” “lebih baik saya tidur dari saya menipu,” “oooooo… cik telefon 103 ye.” “hah??!! Bukan boleh direct line dengan mana-mana balai polis ke?” “tak.. cik kena call 103.” “baik!”

Perrrrrrggggggggghhhhhh!! Abis tue ape guna no 999?? Boleh sape2 explain x? Membazir kredit aku betul!!

Tut, tut, tut.. “selamat pagi, boleh saya bantu” lagi cepat dari 999 kalau tau dari awal lagi aku call.. haish.. “saya nurul. boleh saya dapatkan no telefon balai polis **********.” “kenapa ye?” “ada orang pecah masuk kedai. Urgent nie cik. Cik jangan Tanya pape lagi ye. Tak larat dah nak explain macam kat 999 tadi.” Huhu.. terpaksa cakap sebab kredit dah nyawa-nyawa ikan. “sekejap ye cik.. dengar ye,” Computer yang tolong sebut.. “046******”

Aku pun tak tunggu dah trus call. Satu lagi masalah! Banyak tul karenah! Badan aku dah menggigil tengok perangai samseng anak2 hantu nie..

“cik n, meh handset! Dah bis kredit! Polisnye x dapat2 nak call lagi nie”

Tekan punya tekan.. “selamat pagi. Balai polis **********. Boleh saya bantu?” “saya nurul. Nak mintak polis peronda ye datang ke sini sebab ada orang nak pecah masuk kedai. Diorg tak sempat nak kopak kedai sebab ada orang sergah dulu. Die terkejut and terus lari. Kirenya tak sempat la nak cekup. Diorang sempat potong mangga guna cutter bomba.” “ooo.. diorang ada lagi ke kat situ cik?” “ada, ada.. tadi berdua je. Nie dah berlima, berenam siap ronda2 naik motor depan kedai sambil bawak parang lagi nie..” “cik bagi no. telefon dan alamat kedai. Cik kat mana sekarang nie? Rumah kat mana?” “saya kat pintu belakang kedai. Kedai nie depan rumah saya. Cik segera ye. Nie kedai makcik saya. Cik, saya tak boleh cakap panjang nie.. dah menggeletar sangat. Kami nie tak ramai. Sekali hentak jek. Kalau nanti sampai kami nie dah takde susah jugak. Mana laa tau….” Aku pun bagi laa ape yang die nak.. haish.. panjang cite sungguh!! “nanti polis peronda akan hubungi cik ye bila mereka dah sampai” “trimas!”

Masuk pulak sms Awi : Kak, cepat pegi buat report. Depa ramai nie. Bawak parang! 3:50 a.m.

“helo! Awi. Kami belakang kedai nie. Dok nak cam sapa depa. Dah tepon polis tadi. Japgi depa sampai!”

“kak depa bawak parang!” “tau, tau.. hang jaga kot depan” macam nak main ambush pulak! Boleh menang nie! Cucu tok tak kira laki ke pompuan, memang sume boleh kata juara ambush. Haha!!!

Punya laa lama tunggu encik polis datang. Siap terlajak, u-turn balik, terlajak lagi, u-turn lagi..

Masa tengah encik polis tue u-turn dak2 perampok antarabangsa nie pun lalu kat simpang jalan sambil2 tengok ke kedai kitorang. Diorang tak nampak encik polis sebab u-turn nya jauh sangat.

Encik polis yang sampai pun tanya lagi sekali apa yang jadi. Penat dah aku jadi tukang cerita laa pulak!

Yang rasa nak hanginnya tue, boleh pulak encik polis berdua nie cakap perampok2 nie mengacah. Mengacah?? Wat da he**!! “Encik, saya dapat sms dari kawan saya masa budak nie tengah potong mangga. Takkan la kawan saya nie tipu! Die nie orang seberang jalan. Rumah die betul2 la straight nampak kedai. Encik baca la sms nie..” masa die tengah baca, Awi pun sampai. “encik, saya yang nampak! Tapi sebab saya sorang, orang luar pulak tue, saya tak pegi pukul ke pape balik laa. Sergah je.” “tapi mereka tak datang lagi dah kan??” eeeeeeeiiiiii.. apa kejadahnya. Penat cerita laa. Baik cite dengan budak2 darjah 3.

Tiba-tiba lalu sebijik moto, 2 penumpang. Laju bawaknya sambil tengok-tengok kedai! “encik, tue mereka! “orang lain tue!” “saya cam encik! Dari tadi lagi saya tengok mereka, jenis moto **** pakai helmet merah, baju kuning tue laa encik!” “no plat? Saya tak nampak sebab saya rabun!”

“mereka nie orang luar nie.” Selamba je polis tue cakap.

“tak encik! Budak sini! Kami cam encik! Depa nie melepak kat area batu nisan sana nu!”

“cik n, gi laa tunjuk bekas yang de kat mangga tue! Cakap panjang-panjang tak guna. Ingat kite tipu!”

Lepas dah belek, belek, encik polis cakap, “ooooooooooo.. ada kesan jenayah nie. Mereka guna gergaji”

“apa cik? Nie bukan gergaji nie. Nie cutter macam bomba guna tue.”

“tak.. nie gergaji. Mana mereka dapat cutter pulak”

eeeeeiiiii.. mental betol!! Sah, sah la makcik aku ngan Awi nampak cutter yang macam gunting besar nak potong ranting pokok tue. Tapi nie yang edisi potong besi la akan, polis nie boleh cakap guna gergaji.

Tak logic langsung! Dengan kesannya tak de bergerigi langsung! Rata je ada laa.. boleh pulak cakap gergaji. Budak tadika pun tau gergaji tue yang macam mana. Mentang-mentang laa makcik aku muka budak2, pendek plak tue, tapi umur dah banyak orang tak tau pulak! Haish.. awet muda pun susah!!

“errmm.. encik, ini bukan first time masa tengah sibuk pilihan raya umum mac hari tue pun kedai nie dah kena dah. Tapi mereka masuk pintu belakang. Itu pun, tak de sapa perasan padahal depan rumah,”

“banyak ke yang diorang mik?”

“rugi kat RM3000 encik! Segala rokok, kad reload semua depa sapu clear!! Tapi tyme tue pintu belakang tak letak grill lagi. Tapi selalu jenguk-jenguk bila pagi-pagi macam nie. Tue yang tau depa dah pecah masuk tue. Sekarang dah ada grill dah.

“kejap ye, saya buat report! Helo.. bla, bla, over! bla, bla, bla, bla……………. Ada kesan jenayah over!”

..Tragedi Eidulfitri.. Episod 2

“awat cik N tak geghak Nurul dulu?? Lain kali jangan dok tunjuk bghani. Ghupa ja macam nak lelaki tapi pompuan! Sedar la skit.. kalu depa teghajang ka camna?? Tak pasai ja!” aku berleter kat makcik aku balik..

“aku dah terkejut sangat aku terus bangun aku jadi macam lupa hang tidoq sebelah aku! Aku pun klu ikutkan nak tidoq kat atas tapi tak jadi sebab aku tengok hang soghang2 kat depan (ruang tamu). Lagipun tok takdak kat ghumah.. aku keluaq tadi pun kaki aku menggeletaq tengok dia bawak cutter tue! selalu aku bangun tidoq klu terkejut ka aku mesti tengah-tengah jalan, jatuh! Dah 2 3 kali dah jadi..” aku ape lagi, trus gelak macam nak pecah perut laa.. “boleh pulak!! Tue laa.. otak tak sempat nak hantaq isyarat kaki nak pi mana, tapi kaki dah jalan dulu dah!”

Tiba-tiba ada suara lagi kuat gelak dari aku masa makcik aku cakap dia jatuh.. rupanya, adik lelaki aku, Anas ngan sepupu aku, Safwan turun dari serambi rumah. Diorang nie hampeh! Tak tido lagi rupanya.. memang tak boleh harap langsung! Pastue baru sibuk Tanya apa yang makcik aku dok merepek malam-malam, mimpi apa sampai satu ghumah kena dengaq ceramah sebelum subuh!! Haishhhhhh.. susah tul budak-budak tak layak ngundi nie.. Lampy gilerrrr.

Jam dah 3:15 pagi. Tengah makcik aku ngulang crite die kat 2 orang budak nie, telinga aku pulak tiba2 rasa macam dengar benda lain! “shh.. diam sat! aku nak dengaq!” “hah, dok dengaq bunyi 3 4 bijik motor tue, ntah-ntah depa mai pulak apa!” muka aku naik cuak.. telinga aku nie bahaya skit bab2 mendengaq takut2 orang dok keliling ghumah tengah-tengah malam ke memang cepat betul! Sensitive..

Apa lagi! Tak tunggu dah! Kami 4 orang terus standby. Anas dah bawak keluar kayu baseball, safwan buat-buat berani. makcik aku laju je kluar tuju ke kedai.. nyorok belakang pokok nona sebelah kedai dia sebab nak cam muka sapa yang naik moto tue. Tempat tue tercorok skit.. orang tak nampak kalau dari jalan sebab xd lampu jalan kat situ.. aku pulak, baru depan tanah lapang kat depan rumah. aLa-ala serang hendap gitu! Actually dia nak tengak muka ank-anak hantu tue..

Tiba-tiba aku nampak moto lalu. Aku cakap dengan Anas, die bawak macam batang kayu.. panjang betul.. lagi panjang dari moto! Anas kata tue orang baru balik kerja guard laa.. boleh pulak adik aku nie.. tiba-tiba anas tak tunggu dah! “woii!!” die jerit! Aku dah marah dah kalu ye pun tak payah la nak jerit kalau diorang serang macam mana?! Tapi tiba-tiba orang tue balas “woi!!” tapi! Ada sesuatu yang die buat!! Angkat kayu panjang tue berkali-kali macam lagak samseng! Adik aku cakap, bukan parang.. Tapi, pedang samurai.. Hurmm.. aku pun confius.. Diorang yang 3 4 moto nie ulang-alik sambil tengok-tengok ke kedai.. Sume nye berparang..

Perghh.. Aku pun dah ketaq lutut dah.. Mana taknya, aku n makcik aku dah tentu-tentu perempuan, Anas n Safwan sah-sah bukan jaguh family apatah lagi jaguh kampung.. Nasib laa makcik aku x gerak masa awal-awal tadi.. Dah la cuaca tyme tue memang sejuk yang amat. Tengah-tengah jalan ke belakang kedai.. Makcik aku datang and bagitau kat anas jangan jerit pape.. Takut diorg terus serang! Logik gak! Tyme tue aku tak fikir ape dah. Badan dah gigil gilerr..

Check credit balance.. RM3.40, jam 3:30 pagi.. Nak call nombor mana? Cousin aku yang terror silat? Or polis?? Grrrrrrrrrrrr… Sejuknyeeeerr…

..Tragedi Eidulfitri.. Episod 1

“pss.. pss.. Nurul, bangun baca sms aku dapat nie.. kedai, kedai!!”

Dengan muka yang sangat mengantuk dan mata yang tak larat nak dicelikkan.. dalam hati ‘apahal la pulak makcik aku nie.. dah laa dah 3 hari tido x ckup.. ishh..’ sambil tangan capai hanset makcikku..

“Ni kak ada orang kopak kedai. Cepat datang!’’ sender : Awi, 02:46 a.m., 4 Oktober 2008.

Aku terus terduduk. Rasa nak tengking pun ada sebab pelik apahal Cik N ada kat sini lagi! “cepat arr gi kedai! Nak tunggu apa lagi!” Suara dah mula naik dah.

“Woi, dengaq nie!” tangan dah semacam nak pelempang muka aku dah.. haha.. tapi! Sempat ngelak! “aku dah pi jenguk kedai dah! Hang tau depa guna cutter macam yang bomba tue.. depa nak potong besi mangga Solex tue.. dah nak putus dah.. panjang!!” sambil tangan tunjuk saiz kepanjangannya.. ada laa dari pinggang sampai kaki orang dewasa! Semangat makcik aku dok story! Perrgggggghhhhhh.. patut la! Jam dah 2:54 pagi.

“hah! Sempat cekup tak?!” makcik aku geleng. “Sape Awi??” aku Tanya.

Die pun bukak laa story : “Awi jiran seberang jalan yang menyewa kat umah abg Zul (sepupu sepapat jauh) nie baru balik dari jamming. Nasib laa.. tengah-tengah raya nie boleh pulak jamming! Nasib die pi jamming!!” haih.. makcik aku nie.. sempat lagi dok ulang jamming bekali-kali..

“nie, dia Nampak ada 1 bijik moto nie, 2 orang naik.. depa nie bawak paghang dengan cutter! Yang bawak cutter tue tughun moto, dok jalan-jalan keliling kedai aku, paihtue dia pi pulak tang kedai mamak. Tapi macam mana ntah, dia ghasa kedai aku lagi senang kot! Dia pi tang pintu depan, dia nak potong mangga tue! Kawan dia yang hat soghang lagi tue tunggu tang hujung simpang nu. Paihtue Awi dah nampak. Dia pi betui2 kat depan muka sergah! Budak tue terkejut! Terus blah. Kebetulan aku pulak dah dapat sms dia, aku pun keluaq la. sekali lari betui2 depan muka aku nie.. tapi aku ghasa aku kenai sapa.. anak-anak hantu kampung nie jugak” tangan macam samurai dah aku tengok makcik aku nie dengan gayanya lagi!

Sambung “dia tghuih lari lalu kot depan kedai mamak, paihtue masuk kot lorong tepi ghumah tok chak yang hat kita slalu dok guna nu! Awi hambat dia tapi sekeghat ja sebab gelap sangat tang tu! Takut terpijak apa2..” semput2 makcik aku cite.. kepala dah imagine dah keadaan macam mana.. “Awi mai balik kat aku crita apa yang aku crite kat hang nie!” ok, ok.. paham! “Awi habaq depa punya paghang tue panjang2.. awi nak mai ketuk ka pukui la budak yang dok potong tue.. tapi tak jadi sebab depa ghamai.. dia soghang! ad 4 5 bijik moto dok mai dari depan klinik tolong ushar line lagi!” perghh.. pelan strategik nampak!

dalam hati dah nyumpah.. mentang-mentang laa tok xde, gi ipoh dengan adiknya, pak su plak balik beraya kat johor, family mak ngah n mak ndak pun dah balik. Dalam rumah plak tinggal aku, 2 adik, mak, makcik, n sepupu lelaki aku (anak mak chak yang datang tido sebab adik lelaki aku ade.. selalu die tido rumah die jek!)