..update??..

sangat tiada mood.. sejak seminggu 2 nie.. i’ll update sooon.. tadaaaaaaaa..

..Cara Pemakaian Cincin..

Pemakaian cincin adalah yang paling kerap di kalangan wanita dan lelaki tanpa mengira jenis apapun cincin yang dipakai. Jika dilihat pada masa sekarang ini, cincin yang dipakai manusia pada zaman ini adalah mengikut saiz cincin yang dibeli. Oleh itu, di sini dikongsi sedikit ilmu yang dah lama teringin saya nak kongsi bersama anda semua berkaitan dengan pemakaian cincin.

cincin 4 display

Hadis Pertama

Rasulullah pernah berpesan kepada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra,

“Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Luth A.S.”

Hadis Kedua

Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek : 
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”. 

– Hadith Riwayat Muslim 

Hadis Ketiga

Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”. 

– Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai 

 

Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

..Lagi lagi tagged..

Disebabkan tak bukak 10hari.. nie tagged kedua oleh Sofahani pulak..

a) 7 fakta tentang diri sendiri
1. cerewet (maaflah kepada peminjam2 buku yang tak reti jaga..aku ngomel seharian)
2. muka sombong? malas senyum.. takut nanti ngundang fitnah + ada yang tergoda.. haha.. perlu ke?
3. analytical thinking.. dah dibuktikan melalui banyak jenis personality test + diri sendiri..
4. straight forward.. sape tak suka maaflah ye!!
5. tegas.. no play-play.. bukan sume benda lawak k..
6. insomnia.. haha.. terseksa seyh..
7. peminat kaler oren, hitam n putih.. 

b) 7 perkara menakutkan di dunia
1. Allah
2. kiamat
3. murtad
4. perang
5. hilang orang tersayang
6. exam! + repeat paper
7. kematian

c) 7 lagu yg paling layan
1. hijjaz – doa pagi
2. siti nurhaliza – percayalah
3. rossa – ayat-ayat cinta
4. dewa – hadapi dengan senyuman
5. nicholas teo – tears from polaris
6. ryu – my memory
7. letto – ruang rindu

d) 7 perkara yg selalu disebut
1. hampeh!
2. melugai tekak..
3. angin la.. bukan belahak!
4. sengkak perut
5. kebas kaki.. huwaaaa
6. oit
7. wakakaka (sebut bukan gelak)

e) 7 perkara yg bernilai
1. tunangku
2. family
3. frens
4. lappy acer ku ( nek ferrari ed. boleh x?)
5. samsung sgh D880 (double sim)
6. kamus besta 
7. contact lenses 

f) 7 pertama kali dalam hidup haku
1. lahir di dunia
2. bertunang
3. nikah (insyaallah)
4. dengar hantu mengilai
5. tengok orang kne rasuk
6. tengok dressing kaki orang lain berulat
7. pemilik double sim samsung

g) 7 orang ditagged!
1. Maisarah Razali
2. Nana da Great
3. Areev
4. Ali Asyraf
5. Farhana
6. Adila Mohamad (k.eila birm)
7. Fariza

..Tagged..

Sebenarnya sangat banyak perkara yang nak di updatekan.. Tapi, as usual, tiap kali bukak internet mesti nak singgah sarang labah-labah teman-teman blog.. Maka terjumpa 2 tagged.. Mula dengan tag dari Kak Sarah dulu..

Peraturan tagged cukup mudah :
1. Jawab dengan penuh ikhlas dan “berperasaan”.
2. Biar ada hubungkait yang jelas antara soalan dan jawapan.
3. Perlu menjawab tagged aku dalam masa 5 hari. (dah ebih 5 hari pun.. sebab entri lepas dah cakap nak rest 10 hari.. =)  )
4. Perlu mentagged orang lain selain AKU!!

sudah paham?


1.Di manakah jejaka/ wanita idaman anda berada?

Di bumi fana

2. Dia tahu atau tidak anda menaruh perasaan terhadapnya?

Pastinya tahu.. =)

3. Sejak bilakah anda menaruh perasaan tehadap dia?

Sejak itu..

4. Pernahkah anda memberi isyarat kepadanya?

Pernah.

5. Kalau ada, apa bentuk isyarat yang anda berikan?

Lampu isyarat  =) haha..

6. Aspek manakah padanya yang membuatkan anda meminatinya? ( Bentuk Tubuh? Pekertinya? Sikap Caring nya? Rupanya? )

Entah mengapa.

7. Apakah perasaan anda apabila melihat si dia?

Baguslah. Masih wujud di depan mata.. Alhamdulillah.

8. Sekiranya aku menjadi si dia, aku akan menerima diriku kerana …… (abiskan ayat ini dengan jumlah minimun 30 patah perkataan.)

Tak paham la soalan nie.. haha..

 

Orang seterusnya yang ditagged.. Sofahani.. Areev.. Farhana.. Kudozu.. Sape2 yang baca post nie.. Ye, kamuu!!