..Turun, turun lagi..

Petrol, diesel turun 15 sen mulai esok

17/11/2008 6:08pm

Harga petrol RON97, RON92 dan diesel dikurangkan sebanyak 15 sen seliter masing-masingberkuatkuasa mulai esok 18 November.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan harga baru petrol RON97 ialah RM2.00 seliter daripada RM2.15, petrol RON92 ialah RM1.90 daripada RM2.05 manakala diesel RM1.90 daripada RM2.05.

Beras ST5 turun 20 sen dan ST10 30 sen – Mustapa

17/11/2008 6:59pm

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Harga siling beras lima peratus hancur tempatan (ST5) turun 20 sen kepada RM2.60 sekilogram daripada RM2.80 manakala beras 10 peratus hancur tempatan (ST10) turun 30 sen kepada RM2.40 berbanding RM2.70 sebelum ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mustapa Mohamed dalam satu kenyataan hari ini berkata, harga baru itu mula diwartakan semalam.

“Harga beras ini merupakan harga barang yang dikawal kerajaan. Pewartaan ini bagi membolehkan kerajaan membuat kawalan terhadap harga tersebut,” katanya.

Mustapa berkata, berdasarkan pemantauan, terdapat pasar raya yang telah menurunkan harga beras manakala beberapa kedai runcit masih menjualnya pada harga yang lama.

“Mana-mana peruncit yang tidak mematuhi harga siling ini boleh diambil tindakan oleh pihak kawal selia padi dan beras di bawah Perintah Beras (Kawalan Gred dan Harga (1992),” katanya.

– Bernama

 

 

Seluruh rakyat Malaysia yang bergelar pengguna sentiasa menunggu apa lagi yang boleh turun mengenai barang-barang keperluan. Dan alhamdulillah, harga minyak yang sudah turun, turun lagi tengah malam ini untuk kali ke-5. Selain itu, kerajaan juga mengumumkan penurunan harga beras. Bagi mereka yang gemar travel dan berjalan-jalan pasti lebar senyuman tatkala mendengar berita ini. Lepas ini, bolehlah cuti-cuti Malaysia dengan aman bahagia. 

Apa yang dimahukan oleh pengguna pada masa ini adalah penurunan harga barangan runcit. Kos sara hidup pada masa ini dianggarkan terlalu tinggi dan ianya menyusahkan pengguna yang sumber pendapatannya rendah dan mempunyai bilangan isi rumah yang tinggi dalam makna kata lain dari segi pendapatan per kapita.

Kerajaan pada masa ini mengambil langkah untuk memantau dan menyerbu premis-premis yang sesuka hati menaikkan harga barangan runcit. Lantas tindakan yang boleh diambil oleh pihak berkuasa adalah denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Itu di pihak pengguna dan kerajaan. Bagaimana pula di pihak peruncit? Tidak adakah pihak yang mahu membela nasib mereka ini? Saya bukanlah berada di pihak peruncit. Tapi cuba menyelami hati mereka yang menjadi orang tengah antara pemborong dan pengguna. Antara situasi yang dihadapi oleh pihak peruncit adalah mengenai :

1) Harga barang kawalan – gula. Penjualan 1kg gula misalnya telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dengan harga siling RM1.50. Pemborong menjual dengan RM1.45 kepada peruncit. Untung hanyalah sebanyak 5sen sebelum ditolak dengan harga plastik pembungkus. Jangan anda fikir untung menjual 1kg gula adalah 20sen ke atas.

2) Harga barang kawalan – minyak masak. Pernah suatu ketika, di waktu krisis kekurangan minyak masak, harga siling yang ditetapkan adalah RM2.50. Pemborong juga meletakkan harganya pada RM2.50. Adakah berbaloi peruncit menjual juga pada harga RM2.50? Perlukah peruncit membuka kedai untuk kerja-kerja kebajikan? Lebih baik mendaftar sebagai ahli Mercy Malaysia sahaja!

3) Harga sayuran. Pagi tadi, saya tonton siaran Malaysia Hari Ini (MHI) di tv3. Terdapat peniaga gerai makanan yang membuat aduan mengenai kenaikan harga sayur-sayuran di pasar. Yang diberitahu, ketika musim perkahwinan, harga sayuran yang pada asalnya RM3.00 sekg menjadi RM4.50. Adakah masih berbaloi peniaga tersebut mengekalkan kos jika kuantiti sayur yang dimasukkan sama seperti sebelum musim perkahwinan? Rugilah jawabnya. Maka, peniaga pula mengambil langkah bijak dengan mengurangkan kuantiti bahan-bahan seperti sayuran, ikan, daging dan ayam. Pembeli? Pastilah mengamuk sakan!

Saya akui, terdapat segelintir peruncit yang menaikkan harga barang secara melampau. Ditegaskan sekali lagi, segelintir sahaja.

Pada pandangan saya terhadap :

1) Kerajaan. Kerajaan iaitu kementerian yang sewajarnya perlu menetapkan harga barang ini mengikut stage penjualan. Maksud saya, tetapkan harga bagi pihak pelanggan, peruncit, pembekal dan pemborong secara berasingan. Dedahkan melalui media massa mengenai harganya biar satu Malaysia tahu.

2) Pembekal. Anda yang melalui jerit perih dalam penghasilan beras, ikan dan sayur bermutu. Bersatulah untuk menetapkan harga yang berpatutan kepada pemborong dengan mengambilkira kos-kos yang terlibat ketika penghasilan barangan selain risiko kerosakan barangan. 

3) Pemborong. Anda menanggung kos pengangkutan, pencarian peruncit dan risiko ancaman kehilangan barangan. Janganlah mengambil kesempatan untuk meraih untung berlipat-ganda ketika di peringkat ini.

4) Peruncit. Terutama sekali yang beragama Islam, ingatlah : Jangan meraih untung melebihi separuh dari kosnya! 

5) Pengguna. Teruslah memperjuangkan hak anda sebagai pengguna!

 

P/s: Tahukah anda? Satu benda je yang turun dan tak akan naik sampai bila-bila? —-> hujan! hehe..

4 Comments

  1. Satu benda je yang turun dan tak akan naik sampai bila-bila? -> hujan!..
    sy suka yg ni dlm entry izah….( akk on9 di sekolah…keje chating je ni…sbb cuti sekolah kene dtg sekolah jg……huahuahua…)

    nisdasyarfini : hehe.. zaman sekarang sekolah suma dah kaya.. boleh pasang wireless.. even kt sarawak macam k.long.. huhu..

  2. hujan pon naik la..condensation le

    nisdasyarfini : huwaa.. itu bukan ke wap air namanye.. bukan hujan..

  3. ape yang naik tak turun2 plak?xD

    nisdasyarfini : ape ek? cepat btau jawapan.. hidrogen laa kot..

  4. hujan naik gak, hujan naik stage, hujan naik carta, hujan naik kenderaan dorang, hujan naikkan nama dorang


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s