..Teksi oh teksi..

Terima kadar baru tambang teksi tahun depan.

KUALA LUMPUR 10 Nov. – Semua pihak diminta menerima keputusan kerajaan yang akan mengumumkan kadar baru tambang teksi pada tahun depan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Noh Omar berkata, ia akan diumumkan selepas para pemandu teksi tidak berpuas hati dengan kadar lama yang diperkenalkan sejak 2005, meminta kerajaan mengkajinya semula.

”Kita akui tambang yang dikenakan hari ini agak murah jika dibandingkan dengan negara lain.

”Kadar baru itu nanti diharap boleh diterima rakyat,” katanya sewaktu menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Ghapur Salleh (BN-Kalabakan) pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Katanya, persatuan teksi sudah membuat permohonan kenaikan 100 peratus dan kerajaan sedang mengkaji kadar baru itu. -Petikan Utusan Malaysia.

Cadangan kenaikan 100% ?? sentap sangat masa terbaca isu teksi ini pada pagi 11/11/08 jam 0245. Cuma masa tidak mengizinkan saya untuk update blog kerana sibuk dengan mood peperiksaan. Jam 8 pagi cari stesen radio yang ada cakap tentang perkara ini dan jumpa! ikim.fm, pilihan utama. Semua sedia maklum yang setiap teksi perlu menggunakan meter.

Ada yang memandang kenaikan tambang ini sebagai sesuatu yang positif tidak kurang juga yang negatif. Pastinya setiap perkara yang dibualkan diselitkan dengan bukti-bukti kukuh iaitu atas dasar pengalaman ketika menggunakan perkhidmatan ini.

Jika saya seorang pemandu teksi, pastinya saya setuju akan kenaikan ini. Maklumlah, sewa teksi perlu dibayar juga, tanggungan di rumah pun ramai menanti, hendak bagi anak isteri makan apa kalau hanya dapat rm 2 satu hari. tapi ianya mustahil! jika di Kuala Lumpur.

Jika di Pulau Pinang, memang tak mustahil. Bukan kerana orang-orang di Pulau Pinang itu semuanya berkenderaan. Bilangan penduduk yang menggunakan perkhidmatan teksi itu sendiri terlalu sedikit. Di Pulau Pinang, tahap sosialnya tinggi tetapi tidaklah seteruk Kuala Lumpur. Rapidpenang pun telah disediakan walaupun nilainya bukan RM1 sehari, tetapi sekali naik, sekali bayar adalah jauh lebih murah dari teksi.

Ini adalah kata-kata yang diberikan oleh pemandu teksi Pulau Pinang tentang penggunaan meter pada teksi mereka yang selama saya naik, tidak pernah ada satu pun yang gunakan meter :

1) Harga minyak. Teksi KL gunakan NGV. Teksi penang, petrol. Harga petrol lebih tinggi dari harga NGV. Hendak tukar ke NGV mahal.

2) Pelanggan. Sedikit tak seperti di Kuala Lumpur. Banyak yang cerok tok kun (kawasan agak terpencil or pedalaman bukan nama tempat). Balik Pulau, Gertak Sanggul dan lain-lain. BIla sudah hantar, nak kembali ke bandar tiada pelanggan lagi. Teksi kosong, kos tetap berjalan. Mustahil masih nak tunggu di situ selagi tiada pelanggan yang mahu ke bandar.

3) Harga barang. Harga barang naik. Nak bagi anak isteri kat rumah makan. Anak ada yang masuk IPTA IPTS. Mahu bayar elektrik, air, astro.

Macam-macam lagi alasan yang diberikan. Ada yang logik dan memang boleh diterima akal tak kurang juga yang sebaliknya. Bagaimana pula dengan pelanggan tentang prinsip : Customer always right! ? Pelanggan berhak untuk bersuara. Saya lihat kementerian juga perlu menilai dari segi pelanggan. Para menteri perlu cuba untuk naik teksi dan bersama-sama rakyat lihat gelagat-gelagat teksi di Kuala Lumpur yang sesuka hati tidak menggunakan meter dan tambang yang dikenakan adalah di tahap cekik darah. Saya sendiri ‘terkena’ dengan teksi-teksi ini. 3 kali di Kuala Lumpur.

1) Perjalanan Puduraya-Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi, Universiti Malaya. Tarikh : Disember 2006. Masa : 4 petang. Tambang dikenakan : RM20. Harga asal : RM8. Untung kepada pemandu : RM12. Kalau 10 orang yang seperti saya : RM12 x 10 = RM120.

2) Perjalanan Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) – KL Sentral. Tarikh : Mac 2007. Masa : 2 petang. Tambang dikenakan : RM10. Tambang asal : RM2.50 – RM4. Untung : RM6 – RM7.50. Dijangkakan penguna Plusliner dan NIce seramai 600 orang (20 destinasi x 30 penumpang setiap bas). Yang naik katakan satu bas 10 orang. Jika semuanya mahu ke KL sentral sahaja?? untung RM60 hingga RM 75. Untuk jarak yang terlalu dekat? Saya pun nak jadi pemandu teksi!

3) Perjalanan Belakang Perpustakaan Utama, Universiti Malaya – Kolej Kediaman Tun Ahmad Zaidi. Tarikh : September 2008. Masa : 2 petang. Tambang dikenakan : RM4. Tambang asal : RM2.30 – RM2.50. Untung : RM1.50. 10 kali naik, untung RM15. Pandu teksi dalam UM pun boleh kaya. Sangat perlu naik teksi di hari hujan dan keadaan-keadaan terdesak.

4)  Perjalanan Hentian Bas Sunagi Nibong – Tabung Haji Bayan Lepas. Tambang dikenankan : RM18. Tambang asal : RM 10 (jika tahan teksi luar dari hentian bas). Jika jarak yang sama tetapi di Kuala Lumpur : RM 6. Berbaloikah??

Serik naik teksi? Bila terdesak, masih perlu naik. Kerajaan perlu faham mengenai pelanggan juga. Tidak semua rakyat Malaysia berkemampuan untuk mempunyai kenderaan sendiri. Naik perkhidmatan awam lain? Tidak semua kawasan yang mempunyai kemudahan bas yang baik. Masih banyak lagi negeri yang tiada LRT. Rakyat bukan mahukan LRT kerana faham kosnya yang tinggi tetapi harga yang berbaloi.

Kenapa teksi-teksi ulat masih berleluasa di Kuala Lumpur? Mengenakan tambang yang berganda-ganda nilai dari yang asal. Bilangan teksi mungkin perlu dihadkan. Apatah lagi kereta-kereta sapu yang cukup tidak terjamin  keselamatannya terlalu banyak sekarang. Ditambah lagi dengan ragam pemandu yang ada sesetengahnya GSTK (Gila Seks Tanpa Kawalan), Kaki judi dan sebagainya. Luar Kuala Lumpur? adakah berbaloi naik teksi dengan tambang berganda tetapi servisnya terlalu teruk?

Kenaikan harga memang perlu penelitian yang mendalam. Harga tetap yang dikenakan sebanyak RM 2.10 pada masa ini di Kuala Lumpur perlu dikaji semula jika ingin terima cadangan dari Persatuan Teksi mengenai kenaikan 100%. Berbaloikah naik untuk jarak yang dekat seperti di dalam kampus terutamanya, atau di kawasan-kawasan lain amnya. Cadangan saya, kerajaan perlu tentukan harga mengikut jarak perjalanan. Golongan OKU pun ramai yang perlu naik teksi.

Apa pengalaman anda?? adakah kenaikan tambang wajar?? sila komen..

p/s Memalukan bila tambang teksi melampau dikenakan kepada warga asing dan rakyat malaysia!! Pernah terdengar sendiri ketika di KLCC. Jarak KLCC-Bukit Bintang RM20. Berbaloikah??

2 Comments

  1. sebenarnye kan, tak berapa kesah pon pasal tambang teksi ni,cuma bengang kalau teksi suka amik route yg jauh padahal ada yang lebih dekat.huhu=.=

    nisdasyarfini : kisah laa tue kudozu.. kalau tak kisah tambang, mesti tak kisah jalan jugak.. heh..

  2. betul2. charge melampau = geram. padehal x dela jauh pon. izzah, baca ur blog cam baca paper plak. heheh. saya malas baca paper, so click ur blog ja, dapat info. semua nak naik, nanti2 kita da keja abisla gaji camni. x leh nak shopping melampau. opsss! hehe

    nisdasyarfini : haha.. macam baca paper? tq baca.. adeh.. k.iela.. kamoo study over da sea.. mesti gaji pon high standard nye kottt.. balik mesia sila blanje!!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment