..SERIOUSLY!!..

hurm.. dah kul 3:53 pagi.. banyak benda tak baca lagi.. nanti kul 3petang exam Bahasa Arab Peringkat 1.. so, nak cerita pasal SERIOUSLY…

1) SERIOUSLY!! aku tak baca lagi untuk paper arab setakat nie.. sebab aku asyik pikir pasal paper corporate tax and managerial finance yang serentak rabu nie.. aku tak nak dah mik paper sama tarikh.. nasib tak sama waktu.. kalau tak kuarantin laa jawabnya!! aku sangat susah hati dengan carry mark yang 40% tapi aku dapat sikit gilerrrrrrrr… susah hati jek.. study nyer??

2) SERIOUSLY!! aku sangat bengang dengan kekalahan MU!! huh! sakitnya hati aku! rasa macam nak tendang Christiano Ronaldo masuk gawang gol tue.. untuk makluman korang, walaupun aku minat giler babeng dengan MU, aku tak minat langsung dengan CR tue!! and aku sangat bengong bila Beckham nak blah dari MU dulu + aku rasa nak tendang kasut bola ke dahi Alex Ferguson..

3) SERIOUSLY!! aku sibuk donlod dr youtube citer2 disney jek sekarang nie.. tak cukup tue, aku convert ke 3gp, transfer masuk hp.. so, duduk saja2 aku tengok citer or dengar lagu nye.. disney ny citer yang zaman lukis2 dulu serius best!! yang dah berjaya donlod : beauty and the beast, cinderella (3series), snow white and the 7 dwarfs, sleeping beauty, the little mermaid, peter pan, jungle book, aladdin i, lion king & pinocchio.. walaupun dah sampai limited 100 videos je leh donlod, ak berusaha gi donlod guna laptop arenawati ngan atranja.. thanks korang!!

4) SERIOUSLY!! malam nie jek aku makan Chicken McNugget McD, Set Snack Plate KFC, Vono Mushroom Soup (original), Cadbury Chocolate.. Nafsu makan aku besar betul akhir2 nie.. jangan nanti time akad nikah kembang semangkuk dah.. selama seminggu nie.. dah 3 hari berturut2 sudah aku makan nasi putih+ tomyam seafood + kailan masin yang kawan2 aku beli kat 6th.. last makan sabtu malam, ke toilet masa makanan tinggal suku jek lagi! haha.. dah tak sambung dah pastue sebab lama tul aku habiskan masa at tempat tue..

5) SERIOUSLY!! Aku terlalu rasa nak balik ke rumah kalau boleh sekarang jugak.. selalu tue bukan laa tak nak kan.. tapi, takde la sampai ke tahap excited macam sekarang nie. Bukan sebab ade benda pape yang best kat sana.. Tapi SERIOUSLY!! tok aku tiba-tiba sakit..Adik aku bitau masa lagi 4 hari nak exam! paper pulak straight 3 hari.. Tak boleh nak jalan sebab tulang die dh tak kuat.. Allah bagi dugaan tak perlu tunggu2 or dicari.. Bila Allah kata kun, maka KUN! so, sangat susah hati.. Fikir sape jaga dia, mandikan dia, suapkan dia makan. Bukan aku tak percaya kat mak, makcik dengan adikku kat rumah tue.. Tapi aku tak puas hati sebab aku tak tengok sendiri.. Aku sangat susah hati sampai masa tengah study hari tue aku nangis sebab teringatkannya.. Janganlah marahkan dia.. Anak 8 orang, cucu 28 orang, cicit 6 orang.. boleh kata semua tok bela kecuali cicit 3 orang.. Tue jek aku mintak.. Lepas je exam 3 paper direct tue.. terus call tok.. dia boleh cakap lagi dan boleh jaga kedai lagi.. tapi tak tau kenapa hati sangat sebak! nasib dah hujung sem.. Apa-apa jadi pun, aku dah cuti nanti.. Tok pun macam tak sabar nak tunggu aku balik.. sabar ye tok! Moga panjang umur. Nurul tak boleh bayang kalau tok tak de satu hari nanti.. huhu.. nak nangis dah.. tukar topik!

6) SERIOUSLY!! aku dah tengok bajet aku untuk setahun akan datang, aku perlukan kira2 rm15,000.. bila laa duit nak beranak kat bawah katil or tikar getah? or turun dari langit sama-sama dengan hujan?? banyak benda penting aku nak beli.. Kalau boleh tanpa guna Biasiswa JPA aku tuh.. Hurmm.. bukan nak buat down payment kereta laaaaaaaaa..

7) SERIOUSLY!! aku sangat tensen.. banyak benda main kat kepala aku sekarang.. dan selalu fikir sama ada aku nie manusia yang bertuah ada kat dunia nie or tak.. sebab kadang-kadang aku tengok, orang lupa kat Allah dapat lagi banyak kejayaan. tak perlu ingat allah pun, kejayaan macam orang sentiasa duduk kat tikar sembahyang padahal tak pernah pun. Mungkin Allah nak menguji sama ada die sedar or tak tanggungjawab dia dan Allah tak nak bagi aku lupa diri.. Amin!!

sekian sahaja.. selamat exam!! nak sambung study balik.. huhu..

4:35 pagi..

6 Comments

  1. bila dah bis post and baca entri ni balik, aku fikir nie ke aku?? haha!!

  2. wahhaha~
    MU kalah~xD

    nisdasyarfini : haishhhh.. diam2..

  3. huhu.. bahasa arab td bg aku sgt laaa susah!! huuuu sedeyyyyyy~~

    nisdasyarfini : bagi aku yang penah study masa skool dlu pn ssh.. apatah lagi ko yang berani amik sekarang nie.. huhu.. tumpang sedey.. aku sebenarnya sangat tak setuju dak AI mik paper nie..

  4. salam.. pasal MU tu, aku pun mmg sangat2 kecewa..
    bleh plak kalah ngan arsenal… takder striker yang betul2 hebat la… nistelrooy dah blah, tu yang tak syok tu… dah la tu, carlos teves ngan gigs die wat kuar last2 minutes… hish.. sampai skarang ingat lagi.. CR plak asyik nak gentel bola.. ingat best sangat ape, blagak plak tu…

    nisdasyarfini : SETUJU!!..

  5. pasal kejayaan untuk org yang lupe kat Allah tu, sobirin ade kate kat aku, itu semua istidraj(klau tak silap eja lah) drp Allah..
    Allah sememangnya maha pemurah dengan semua makhluk ciptaanNya tak kire yang bersyukur mahupun yang kufur dengan nikmatNya. bezanya, pemberian Allah itu adakah dalam keadaan dia murka atau penuh kasih sayang????

    nisdasyarfini : tq 4 da info.. perkataan tue yg aku lupa..

  6. seriously, nak tergelak baca entry hang kali nie. hehe. aku pun sedih gak mu kalah, tapi x la bengang sgt. mungkin sbb beckham xde kot. hehe. pelik kan, masa dulu kat msia gila mu, skarang besa2 pulak.
    izzah, jangan makan banyak! nanti gemok nak kewen^^ wink~
    gud luck on remaining papers =)

    nisdasyarfini : hahaha.. seriously aku nak gelak dengan komen ko pasal makan tue.. exam da bis da~~..


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s