..Tragedi Eidulfitri.. Episod 3

Aarrggghhh!! 999 jelah! Teringat iklan kat TV plak.. apetah slogannya.. lupa sudey..

Tut, tut, tut.. Lembab! Nie bukan panggilan palsu laa.. cepatlaaaaaa.. huhu..

Masih tak berjawab. Tap! Putus… arrrrrrrgggggggggggghhhhhhhhh!! Menggigil giler dah nie.. eeeeiii..

Next trial.. lembaaaaaaaabnye.. jawab la, jawab la.. “Helo. Boleh saya bantu?” “saya nurul. Boleh saya dapatkan no telefon polis **********??” “kenapa ye cik?” “hmmm.. ada kejadian pecah masuk. Tapi diorg sempat pecah tak sempat masuk.. cume sekarang nie diorang berlegar kat kawasan nie sambil bawak parang sorang satu. Ada dalam 5 ke 6 orang.” “betul ke nie cik?” “lebih baik saya tidur dari saya menipu,” “oooooo… cik telefon 103 ye.” “hah??!! Bukan boleh direct line dengan mana-mana balai polis ke?” “tak.. cik kena call 103.” “baik!”

Perrrrrrggggggggghhhhhh!! Abis tue ape guna no 999?? Boleh sape2 explain x? Membazir kredit aku betul!!

Tut, tut, tut.. “selamat pagi, boleh saya bantu” lagi cepat dari 999 kalau tau dari awal lagi aku call.. haish.. “saya nurul. boleh saya dapatkan no telefon balai polis **********.” “kenapa ye?” “ada orang pecah masuk kedai. Urgent nie cik. Cik jangan Tanya pape lagi ye. Tak larat dah nak explain macam kat 999 tadi.” Huhu.. terpaksa cakap sebab kredit dah nyawa-nyawa ikan. “sekejap ye cik.. dengar ye,” Computer yang tolong sebut.. “046******”

Aku pun tak tunggu dah trus call. Satu lagi masalah! Banyak tul karenah! Badan aku dah menggigil tengok perangai samseng anak2 hantu nie..

“cik n, meh handset! Dah bis kredit! Polisnye x dapat2 nak call lagi nie”

Tekan punya tekan.. “selamat pagi. Balai polis **********. Boleh saya bantu?” “saya nurul. Nak mintak polis peronda ye datang ke sini sebab ada orang nak pecah masuk kedai. Diorg tak sempat nak kopak kedai sebab ada orang sergah dulu. Die terkejut and terus lari. Kirenya tak sempat la nak cekup. Diorang sempat potong mangga guna cutter bomba.” “ooo.. diorang ada lagi ke kat situ cik?” “ada, ada.. tadi berdua je. Nie dah berlima, berenam siap ronda2 naik motor depan kedai sambil bawak parang lagi nie..” “cik bagi no. telefon dan alamat kedai. Cik kat mana sekarang nie? Rumah kat mana?” “saya kat pintu belakang kedai. Kedai nie depan rumah saya. Cik segera ye. Nie kedai makcik saya. Cik, saya tak boleh cakap panjang nie.. dah menggeletar sangat. Kami nie tak ramai. Sekali hentak jek. Kalau nanti sampai kami nie dah takde susah jugak. Mana laa tau….” Aku pun bagi laa ape yang die nak.. haish.. panjang cite sungguh!! “nanti polis peronda akan hubungi cik ye bila mereka dah sampai” “trimas!”

Masuk pulak sms Awi : Kak, cepat pegi buat report. Depa ramai nie. Bawak parang! 3:50 a.m.

“helo! Awi. Kami belakang kedai nie. Dok nak cam sapa depa. Dah tepon polis tadi. Japgi depa sampai!”

“kak depa bawak parang!” “tau, tau.. hang jaga kot depan” macam nak main ambush pulak! Boleh menang nie! Cucu tok tak kira laki ke pompuan, memang sume boleh kata juara ambush. Haha!!!

Punya laa lama tunggu encik polis datang. Siap terlajak, u-turn balik, terlajak lagi, u-turn lagi..

Masa tengah encik polis tue u-turn dak2 perampok antarabangsa nie pun lalu kat simpang jalan sambil2 tengok ke kedai kitorang. Diorang tak nampak encik polis sebab u-turn nya jauh sangat.

Encik polis yang sampai pun tanya lagi sekali apa yang jadi. Penat dah aku jadi tukang cerita laa pulak!

Yang rasa nak hanginnya tue, boleh pulak encik polis berdua nie cakap perampok2 nie mengacah. Mengacah?? Wat da he**!! “Encik, saya dapat sms dari kawan saya masa budak nie tengah potong mangga. Takkan la kawan saya nie tipu! Die nie orang seberang jalan. Rumah die betul2 la straight nampak kedai. Encik baca la sms nie..” masa die tengah baca, Awi pun sampai. “encik, saya yang nampak! Tapi sebab saya sorang, orang luar pulak tue, saya tak pegi pukul ke pape balik laa. Sergah je.” “tapi mereka tak datang lagi dah kan??” eeeeeeeiiiiii.. apa kejadahnya. Penat cerita laa. Baik cite dengan budak2 darjah 3.

Tiba-tiba lalu sebijik moto, 2 penumpang. Laju bawaknya sambil tengok-tengok kedai! “encik, tue mereka! “orang lain tue!” “saya cam encik! Dari tadi lagi saya tengok mereka, jenis moto **** pakai helmet merah, baju kuning tue laa encik!” “no plat? Saya tak nampak sebab saya rabun!”

“mereka nie orang luar nie.” Selamba je polis tue cakap.

“tak encik! Budak sini! Kami cam encik! Depa nie melepak kat area batu nisan sana nu!”

“cik n, gi laa tunjuk bekas yang de kat mangga tue! Cakap panjang-panjang tak guna. Ingat kite tipu!”

Lepas dah belek, belek, encik polis cakap, “ooooooooooo.. ada kesan jenayah nie. Mereka guna gergaji”

“apa cik? Nie bukan gergaji nie. Nie cutter macam bomba guna tue.”

“tak.. nie gergaji. Mana mereka dapat cutter pulak”

eeeeeiiiii.. mental betol!! Sah, sah la makcik aku ngan Awi nampak cutter yang macam gunting besar nak potong ranting pokok tue. Tapi nie yang edisi potong besi la akan, polis nie boleh cakap guna gergaji.

Tak logic langsung! Dengan kesannya tak de bergerigi langsung! Rata je ada laa.. boleh pulak cakap gergaji. Budak tadika pun tau gergaji tue yang macam mana. Mentang-mentang laa makcik aku muka budak2, pendek plak tue, tapi umur dah banyak orang tak tau pulak! Haish.. awet muda pun susah!!

“errmm.. encik, ini bukan first time masa tengah sibuk pilihan raya umum mac hari tue pun kedai nie dah kena dah. Tapi mereka masuk pintu belakang. Itu pun, tak de sapa perasan padahal depan rumah,”

“banyak ke yang diorang mik?”

“rugi kat RM3000 encik! Segala rokok, kad reload semua depa sapu clear!! Tapi tyme tue pintu belakang tak letak grill lagi. Tapi selalu jenguk-jenguk bila pagi-pagi macam nie. Tue yang tau depa dah pecah masuk tue. Sekarang dah ada grill dah.

“kejap ye, saya buat report! Helo.. bla, bla, over! bla, bla, bla, bla……………. Ada kesan jenayah over!”

1 Comment

  1. haha..best la cite ni..buat cerpen lg best..

    nisdasyarfini : perli ke hape?? haha.. by da way.. cite betul ler.. alaa.. ko suka la baca sebab hang oghang utagha.. haha.. papepun, thanks!!


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s