..16 September..

Sementara tak kawin lagi, antara tarikh-tarikh yang aku tunggu selain puasa Ramadhan, Raya Aidilfiltri yang paling dinantikan mestilah 16 September setiap tahun @ 22 Muharram..

Bukan apa.. Tarikh 16 September ni lah paling bermakna dalam hidup aku sebab aku dilahirkan kat dunia nyata yang penuh suka duka.. Tyme tue pukul 5:45 pagi kat Hospital Bersalin Pulau Pinang.. Keadaannya mestilah di atas katil.. No katil tue xd pulak sebab lupa nak tanya kat mak.. Kalau ada no. katil tue.. Mau je aku pegi cari katil tue and amik gambar aku yang dah 21 tahun sekarang nie.. haha.. serius nie!! tapi mustahil agaknya.. mana lah tau katil tue dah demolished sume kan.. huhu.. bertuah aku dilahirkan kat katil hospital dari cousin-cousin aku ada yang kat atas troley dalam lif hospital or even adik aku sendiri kat rumah yang tak cukup kemudahan bersalin sebab mak dah tak tahan sangat.. hihi..

Mak namakan aku Nurul ‘Izzah binti Zulkifli.. Bila tanya mak kenapa mak mesti letak nama akak ‘Izzah bukan yang lain mak pn cerita la yang sebenarnya die nak namakan aku Nurul ‘Izzati.. Tapi tak jadi sebab ada satu hari masa mak tengah belek-belek majalah ada pulak keluar kisah Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang masa tue Menteri Pendidikan.. dan nama anaknya seperti yang sume orang kenali Nurul Izzah.. Huhu.. Bila sembang-sembang pasal nama nie.. Soalan yang aku tak lepas-lepas tanya, perlu ke Nurul ‘Izzah jugak?? Mak kata.. Tak pe akak.. Nama dia takde tanda ‘ .. Hehe.. Itu memang btul2 membezakan!!

Hurm.. Macam sume orang tau 16 September 1963 is Hari Malaysia di mana Sabah, Sarawak and Singapura join Tanah Melayu untuk membentuk Malaysia.. Tapi Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965.. M tyme tue bru umur 20 hari.. so sweeeet!!

Maka, dalam tempoh pembesaran aku, aku dah jumpa 3 4 orang sahabat2 aku yang tarikh lahirnya 16 September 1987 gak.. Paling best, best friend aku masa sekolah rendah dulu namanya Nor Najmi Nadrah lahir 16 September 1987 lewat sejam dari aku!! hehe.. tapi, die dilahirkan kat Ipoh.. Arakian, berbanggalah kami dua orang sebab dalam kalender kuda, tarikh 16 September setiap tahun kaler merah sebab ianya Hari TYT Sabah.. Pergh!! Bermakna betul 16 September..Dah masuk UM plak, kat KKTAZ sama besday dengan OneZ n Syidah!!

Tapi, satu benda je yang aku tak paham sampai sekarang kenapa Malaysia tak cuti 16 September.. Padahal, 31 Ogos tue Sabah dan Sarawak tak join Malaysia lagi.. How come sambut 31 Ogos?? Papepun, banyak la benefit nya bila 16 September nie tak cuti sebab : 1) Boleh dapat banyak hadiah dari macam-macam orang.. 2) Leh dapat wish face to face bukan setakat sms jek!! 3) Boleh celeb besday aku kat kelas, kfc, bilik, merata-rata la bergantung pada bila hari 16 September tue jatuh.. hehe.. Memang best 16 September tak cuti.. Tak de laa aku duduk terperuk jek kat umah sebab sume orang dapat cuti rehat.. Suka, suka!!

Kalau setiap tahun tak payah cakap laa kan tarikh 16 September nie memang glamor abis sebab Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamed cadangkan untuk kibarkan jalur gemilang sempena sambutan kemerdekaan bermula 17 Ogos hingga 16 September.. Maka, merata-ratalah tarikh 16 September tue mencapub.. Alhamdulillah..

Walaubagaimanapun, aku paling kureng 16 September 2008.. Bukan setakat umur aku yang dah 21 tahun.. Tapi aku dah layak mengundi!! and paling tak leh blah.. Satu Malaysia and mungkin separuh dunia menunggu perubahan apa yang akan berlaku 16 September 2008 di Malaysia.. Alhamdulillah, mujur tidak ada apa yang berlaku terutama sekali melibatkan peristiwa berdarah.. Assignment menyebabkan aku tak dapat rehat pada 16 September sebab kena submit before kul 8 pagi.. Buat touch-up sana sini.. huhu.. Papepun, aku seronok sangat 16 September nie sebab aku berjaya mengantoikan suprise besday party yang dah tak suprise yang tunangku and kawan-kawan aku cuba nak buat!! haha.. Sonok!! Antaranya ialah, sorokkan dulu telur ayam yang dah dibiar lama giler (telur kemuruk tue.. bau perrrggghhh.. syampu rambut satu botol besar, bau tak hilang gak gamaknya!! haha)

Selama hidup 21 tahun, bila orang tau nama aku Nurul ‘Izzah and lahir 16 September.. orang akan cakap : -Owh.. Nama macam anak DSAI.. -Mata sepet macam tue jugak.. -Muka nak iras-iras.. -etc.. Bila laa orang nak cakap nama macam Nurul ‘Izzah Zulkifli pulak,, hehe.. Tunang aku pulak, tak abis-abis dengan cerita masa zaman kanak-kanak tak cukup matang die dulu.. Die selalu mengaku buat muka tak malu yang Nurul Izzah Anwar tue girlfriend dia kat depan kawan-kawan die.. Nah!! Tak dapat Nurul Izzah Anwar, Nurul ‘Izzah Zulkifli pun boleh laa kan?? haha!!

Pape pun, masih bersyukur sebab dapat hidup kat dunia nie 21 tahun dah.. Liku-liku perjalanan hidup, oank duri, lautan api pun dah banyak ditempuhi.. Mungkinkah ada sinar yang lebih membahagiakan di masa depan?? hanya Allah sahaja yang tau.. Sebagai manusia kena berdoa dan terus berdoa.. Kalau ada ujian tue, maknanya, Allah sayangkan hamba dia yang bernama Nurul ‘Izzah Zulkifli nie..

Sekalung penghargaan dan terima kasih buat :

1) Allah S.W.T

2) Mak, abah, mama and sume familyku termasuklah tunangku dan keluarganya..

3) Sahabat-sahabatku termasuklah para senior dan junior ku..

4) Sume yang mengenali diriku..

kerana memeriahkan hidupku selama 21 tahun..

1 Comment

  1. hepy belated besday lol…..meriah-meriahkan la blog anda….huhu….

    nisdasyarfini : banyak benda nak citer.. tapi.. assignments lagi banyak.. =(


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s