..Study, Tidur dan Nasihat..

Now, it’s time for all UMians to focus on study weeks (2 weeks). huh! Exam semakin menghampiri.. Berdoa, berusaha dan bertawakal kunci segala-galanya. Setiap apa yang Allah dah kurniakan kepada diri ini sebelum-sebelum ini ada hikmahnya. Saya sedar, jika keputusan peperiksaan yang saya peroleh terlalu baik, mungkin saya akan menjadi semakin lagha. Jika terlalu buruk, akan menyebabkan saya kecundang. Maka Allah beri sebanyak mana yang saya telah berdoa, berusaha dan bertawakal. Dan, saya bersyukur atas setiap yang Allah telah berikan kepada saya. Alhamdulillah wa Amin ya rabbal Alamin.. Sesungguhnya, Allah s.w.t mengetahui setiap baik buruk kejadian itu. Biarlah apa yang orang lain mahu katakan tentang anda kerana mereka lupa untuk melihat diri mereka sendiri.

Hanya ingin mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat, seberat mana pun dugaan yang Allah berikan, hadapilah dengan penuh ketabahan. Jangan sia-siakan masa depan anda dengan mengambil jalan singkat. Luahkan masalah anda kepada sesiapa sahaja yang rapat dengan anda (buat blog pun takpe). Walau sebesar mana pun dugaan yang diberikan, ada jalan penyelesaiannya. Tapi bukan dengan cara mengorbankan diri sendiri. Setiap manusia diuji sama ada sanggup atau tidak menghadapinya. Fikirkan ini : Jika anda rasa anda hebat, ada yang lebih hebat; Jika anda rasa anda pandai, ada yang lebih pandai; Jika anda rasa anda kaya, ada yang lebih kaya; Jika anda rasa tiada yang sayang kepada anda, ingatlah Allah, ibu, dan bapa anda menyayangi anda.

Nak storylah sikit.. Tentang saya sendiri.. Saya nak tidur seperti orang lain. Boleh tak? Tapi tak boleh.. huhu.. INSOMNIA ku kembali lagi. Dengan cara yang lebih mengancam. Datang dengan bergaya sekali. Saya hanya tidur dari jam 10 pagi hingga 1 atau 2 petang! Tolong, tolong! Kemudiannya berjaga hingga 10 pagi keesokkan harinya. Bukan masalah baru.. Tapi, dari Tingkatan 3 lagi.. dan pernah disiarkan dalam Majalah Dara.com. Ada tak jalan penyelesaian? tolong beritahu.. huhu.. Ada yang bagi cadangan suruh kira no. 1000, 999, 998 dan seterusnya.. Hehe.. Apa lagi ye? Cemburu melihat senior-seniorku tidur dengan nyenyaknya.

Akhirul kalam, SELAMAT STUDY UNTUK SEMUA.. Bantulah rakan-rakan yang memerlukan bantuan dalam pelajaran dan apa sahaja. Ketemu lagi!

p/s

-Terima kasih kepada turtle2 ku(jantan n betina) yang masih belum bernama.. Sudi menemani diri ini.. hihi.. cadangan nama??

-sronok tgk MU menang.. haha.. gunners, balik p tidoq naa.. 😀

5 Comments

  1. giler kewl ada insomnia.jealous2…=b.erm, for ur tortoises tu..namakan the male 1 tido-tido, the female one..sleep-sleep …..hahaha

    nisdasyarfini : kewl ke?? sengsara adelah! haha.. nice name..

  2. Biar betol Izz..apasai la gurl sekarang nie minat bola…newacx x minat-minat dari dulu sampai akan datang…

    P/s: Setakat bola bergolek, kucing belakang rumah jiran pun boleh buat :p

    nisdasyarfini : haha.. nk bwt cmner kn? kanak2 lelaki pn sk main masak2..

  3. dah3.jgn dengar repekan dia di atas.berikan saje name turtle1 dan turtle2.hee.takpon, ninja turtle;donatello, leonardo, michealangelo,raphael.xP

    tu la kamu.minum susu suam panas sblm tdo pd malam hari.maka kamu bleh laa tidak imsomnia.

    tp besh tu ade imsomnia.X)

    nisdasyarfini : haha.. turtle2 ku sayang.. minum susu panas? i’ll try.. besh ke? mcm x jek.. 😛

  4. R.I.P turtle1 aka tido-tido…

  5. Tahniah kepada Nisda Syarfini kerana membawa mesej demokratik positif kepada komuniti 10th college. Teruskan kecemerlangan berkarya. Tahniah juga kerana masih setia membantu mantan Pres KKTAZ : ) kalau free datang la ke maharajazhou. Sybas KKTAZ !

    nisdasyarfini : trimas en.kalam kerana mencemar duli ke blog yg ntah pape nie.. =)


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a comment