Tagged!

Perghh.. Lately, sementara tunggu subuh, bukak la blog Izzulism untuk tinjau tinjau kalau beliau ada update pape yg baru. Mr.afro ni suka buat entry cam pelik sikit. Lain dari orang lain. Ntah mana idea la yang beliau dapat. Actually, biler time borink jek.. nie la my job! hehe.. check2 sape dah update.. skali jek tajuk tagged! Ingat nak balas balik sebab at the end of entry tue ade ckp nie..

btw, i don’t know who to tag, as i really have no idea who is reading my blog, so i think, i would like to tag…….YOU!! yes, the one who is reading THIS right now! ;b

haha.. Tapi niat di hati, alah.. bukannya beliau nie tau pun.. so, hari ni dah lepas kepengsanan sebentar after tax exam, baru la bukak laptop nie.. Tengah nak update blog la kan.. tapi cam lost plak nak buat entry ape.. Den cari ilham jap.. maka, bukak la blog2 ini.. Ali Asyraf, Otel, Syerah Omar, n Kudozu.. Skali jek! haishhh.. Kene tagged gax dengan Kudozu.. (kudozu yang tagged dulu sebelum izzul..) xpelah.. bukak story tagged..

1. My face..

haha.. Pesal letak muka sendiri? sebab.. nie la pic yang paling suka skali. Tolong member since secondary sckewl yang sekarang ni tengah study kat Lim Kok Wing. Dia punya assignment. Kami shooting di Masjid Wilayah selama 3 jam! fuh.. berpanas.. Nie la pic yang senyumannya paling lebar. Actually tak perasan pun bila pic nie dicaptured. Bila dia send email baru terkejut gilerr.. hehe..

2. My Handphone .. Samsung SGH-D880

First time kuarkan cash dari duit sendiri dengan begitu banyak.. untuk dapat hp nie.. Tak lah secanggih mana pun sbb takde 3G n juz 3megapixels camy, sebab dari dulu lagi target nak yang ada dual-sim.. And that’s it!! Hepi sangat ada hp nie.. My trusted brand.. Tak perlu usung 2 hp lg.. yey!!

3. Orange, Black..

Bukan buah oren, tapi warna jingga.. Warna kegemaran ku.. Sangat suka dengan kaler nie.. tapi bukan yang versi ang,ang punya.. yang memang orange ori.. Stakat nie, dah ada bantal comel, cadar, beg, kotak, sweater, baju, frenster, rak etc..banyak laa.. Hitam pun my feveret. Kadang-kadang orangsuka kata tengah berkabung. Biarlah! =D

4. Sweater..

Hmm.. Sejak masuk matrik, suka benor dengan sweater nie.. Mungkin influence dari rumateku Aizah, banyak hood die. lawa2 plak tue.  Stakat nie tak banyak mana pun yang ada. Juz 5 helai jek. Tapi yang biru nie paling cooool. Hadiah dari bakal mertua. Datang dari London gitu.. Fuh.. tak rasa cam pakai sweater pun kadang-

kadang. Memang sangat sukakan sweater! hehe.. Lagipun, cepat, mudah dan ringkas!

5. Turtles..

My pet.. dah lama teringin nak ada. Baru sekarang berkesempatan. Hmm, minggu lepas, seekor jantan terkorban yang sebelah kanan itu, shellnyer sangat cantik n tak saggup nak tanamkan, so my fren lah yang tolong.. mugkin kena Respiratory infection.. Sekarang, dah beli seekor yang lain. Rasa nak tambah lagi 2 ekor pulak.. hehe..

6. Laptop..

Huh! Bayangkan satu hari tanpa laptop.. Rasa macam hilang kaki sebelah kot.. Sangat, sangat bosan gamaknye. Panjang cerita sebelum boleh dapat laptop nie. At last, my cousin yang baik hati tolong untuk memujuk mak untuk dapatkannya. Thanxx to mak yang sangat memahami.. But, everytime balik kampung jek, dah tau.. Laptop nie tumpuan semua yang ada kat rumah. Nk download yang tue yang nie la, nak main game la, tgk citer korea la, jepun la, taiwan la.. Mak pun dah pandai main game.. lalalala.. Brand? Biase jek Acer 5553WXMi. Takde webcam pun sebab macam x perlu..

7. Editing Pictures

Hobi la sangat pun.. tapi suka laa jugak.. First time explore adobe photoshop dapat buat yang nie.. Takde siapa yang ajar pun. Just klik-klik je. Buat masa cuti bulan Disember 2007.. Adik yang lelaki tue suka benor bile dah siap.. hehe.. satu jek yang slack kt pic tue, cmner ntah yang sorunk tue spec hilang.. hehe.. Pakai contact lenses laa..

8. Sushi..

Pantang klu ke Jusco.. Mesti cari sushi! sangat best tambah2 bila ada wasabi. fuhh.. memang mantap!! Sushi kat tempat lain agak kureng ler. Usually spent hingga Rm20 untuk sushi & minimum RM 7. Beside that, if singgah di Carrefour MV akan cari mixed salad gax!

9. Newspapers..

Perkara wajib yang perlu dibuat setiap pagi adalah membaca berita.. Seawal 4 pagi jek dah boleh tengok rupa muka depan paper secara online such as Utusan Malaysia dan Kosmo!, Berita Harian dalam jam 6 dan Harian Metro plak 10 pagi. Even bila-bila masa pun bukak paper online macam Utusan dan Bharian dah ade berita terkini. Tak perlu tunggu untuk tengok televisyen. Jimat! yey!

p/s hmm.. tak tau nak tagged sape lagi..

Advertisements

..Study, Tidur dan Nasihat..

Now, it’s time for all UMians to focus on study weeks (2 weeks). huh! Exam semakin menghampiri.. Berdoa, berusaha dan bertawakal kunci segala-galanya. Setiap apa yang Allah dah kurniakan kepada diri ini sebelum-sebelum ini ada hikmahnya. Saya sedar, jika keputusan peperiksaan yang saya peroleh terlalu baik, mungkin saya akan menjadi semakin lagha. Jika terlalu buruk, akan menyebabkan saya kecundang. Maka Allah beri sebanyak mana yang saya telah berdoa, berusaha dan bertawakal. Dan, saya bersyukur atas setiap yang Allah telah berikan kepada saya. Alhamdulillah wa Amin ya rabbal Alamin.. Sesungguhnya, Allah s.w.t mengetahui setiap baik buruk kejadian itu. Biarlah apa yang orang lain mahu katakan tentang anda kerana mereka lupa untuk melihat diri mereka sendiri.

Hanya ingin mengingatkan diri saya dan sahabat-sahabat, seberat mana pun dugaan yang Allah berikan, hadapilah dengan penuh ketabahan. Jangan sia-siakan masa depan anda dengan mengambil jalan singkat. Luahkan masalah anda kepada sesiapa sahaja yang rapat dengan anda (buat blog pun takpe). Walau sebesar mana pun dugaan yang diberikan, ada jalan penyelesaiannya. Tapi bukan dengan cara mengorbankan diri sendiri. Setiap manusia diuji sama ada sanggup atau tidak menghadapinya. Fikirkan ini : Jika anda rasa anda hebat, ada yang lebih hebat; Jika anda rasa anda pandai, ada yang lebih pandai; Jika anda rasa anda kaya, ada yang lebih kaya; Jika anda rasa tiada yang sayang kepada anda, ingatlah Allah, ibu, dan bapa anda menyayangi anda.

Nak storylah sikit.. Tentang saya sendiri.. Saya nak tidur seperti orang lain. Boleh tak? Tapi tak boleh.. huhu.. INSOMNIA ku kembali lagi. Dengan cara yang lebih mengancam. Datang dengan bergaya sekali. Saya hanya tidur dari jam 10 pagi hingga 1 atau 2 petang! Tolong, tolong! Kemudiannya berjaga hingga 10 pagi keesokkan harinya. Bukan masalah baru.. Tapi, dari Tingkatan 3 lagi.. dan pernah disiarkan dalam Majalah Dara.com. Ada tak jalan penyelesaian? tolong beritahu.. huhu.. Ada yang bagi cadangan suruh kira no. 1000, 999, 998 dan seterusnya.. Hehe.. Apa lagi ye? Cemburu melihat senior-seniorku tidur dengan nyenyaknya.

Akhirul kalam, SELAMAT STUDY UNTUK SEMUA.. Bantulah rakan-rakan yang memerlukan bantuan dalam pelajaran dan apa sahaja. Ketemu lagi!

p/s

-Terima kasih kepada turtle2 ku(jantan n betina) yang masih belum bernama.. Sudi menemani diri ini.. hihi.. cadangan nama??

-sronok tgk MU menang.. haha.. gunners, balik p tidoq naa.. 😀