..PRU-12..

Seperti semua sedia maklum, Pilihanraya Umum di Malaysia kali ke-12 akan berlangsung pada 8 Mac 2008 iaitu esok. Rata-rata media baik elektrik dan elektronik terus-terusan memfokuskan tentang apa perkembangan yang berlaku. Jika anda membaca Utusan Online misalannya, anda akan mendapat maklumat terkini, siap dengan paparan masa kemaskini lagi! tidak cukup setakat akhbar, anda pastinya dapat merasa impak yang sama hebat baik ketika di dalam dewan kuliah sehinggalah ke jalanan.

Sana-sini rakyat Malaysia sibuk memperkatakan tentang manifesto2 dan isu2 yang timbul. Tidak kurang ada juga yang mengambil sikap acuh tak acuh. Pada pandangan saya, terpulanglah kepada cara anda, cuma, sedarlah sebagai rakyat Malaysia walaupun anda tidak cukup umur untuk mengundi, ambillah tahu apa yang ada di sekeliling anda. Walaupun tidak minat berpolitik seperti saya , sekurang2nya anda tahu apa yang berlaku di Malaysia ini.

PRU-12

Pesanan saya :Jangan bersikap membutakan mata dan memekakkan telinga, jangan kerana pilihanraya anda bermasam muka (berlainan haluan) dan jangan pula menjadi ekstrimis sehingga boleh mengeruhkan suasana. Ingatlah, sikap emosional hanya membakar diri anda sendiri.

Kepada yang layak mengundi, selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Buatlah pilihan yang terbaik, anda punya pilihan tersendiri. Satu undi, satu kuasa.

Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya.

Leave a comment

No comments yet.

Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s