..apa ada pada NISDA SYARFINI??..

Nama Nisda Syarfini adalah nama kedua saya selepas nama sebenar. Rata-rata pendapat mereka yang tidak mengenali saya akan mengatakan ianya seperti nama sebenar! Nama ini tidak pernah didaftarkan oleh mana-mana pihak di Jabatan Pendaftaran Negara. saya berani berkata demikian kerana sayalah perekanya! (Jika ada, mungkin individu tersebut berminat dengannya.. nak sangat jumpa!!)

Pandangan anda mengenai nama sebenar adalah sama sekali tidak benar! dan awas.. jangan menamakan anak anda dengan nama ini (sekiranya berhasrat).. bukan kerana hanya saya seorang yang berhak menggunakannya.. tetapi ianya adalah kerana.. nama ini tidak membawa apa-apa maksud!!

Benar! itulah apa yang saya ingin katakan.. selain itu, nama ini adalah nama yang saya reka sendiri hasil dari gabungan beberapa nama  saya dan sahabat-sahabat saya sendiri dari segi huruf yang terbit iaitu N.I.S.D.A.S.Y.A.R.F.I.N.I.. Apa2 pun, nama ini terlalu sinonim dengan saya sejak di bangku sekolah lagi iaitu ketika saya berusia 14 tahun.. rasanya, tidak perlulah saya merungkaikan setiap satu huruf tersebut kerana ianya nama perempuan belaka.. (kerana saya sempat bersekolah satu jantina sahaja)..

Asal-usul rekaan nama ini adalh ketika saya mencari-cari nama watak yang sesuai untuk digunakan bagi watak utama dalam cerpen yang saya sedang ilhamkan ketika itu (setelah berhari2 fikir).. Malangnya, ketika proses penyiapan dibuat, draf cerpen saya telah hilang entah ke mana. dan akibatnya, saya tidak lagi mahu menulis. Bukan kerana putus asa, tapi kesibukan yang menghalang. idea hanya muncul ketika anda berniat untuk meneruskan. kesimpulannya, memang tidak berhajat untuk meneruskan semula.

Nama ini kemudiannya, teruslah saya gunakan sehingga sekarang (selain beberapa nama yang lain).. itu sahaja apa yang dapat diceritakan pada masa ini. Ada hal lain yang perlu lebih perhatian.

Jumpa lagi!!

p/s : saya sama sekali tidak berminat dengan nisdawati.. kerana ada yang mengatakan saya tertarik dengan nama itu.. tidak.. tidak..

2 Comments

  1. haha kesian…nak cari nama watak pun berhari2 pikir

  2. huh!! complicated btul asal usul nme..

    nisdasyarfini : yeke??


Comments RSS TrackBack Identifier URI

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s