..MaaF..

Harap maaf, blog ditutup sementara kerana penulis bosan dengan keadaan persekitaran yang tidak memuaskan.. kerja2 blogging akan diteruskan setelah perasaan bosan tak menonjolkan dirinya lagi.   🙂

..apa ada pada NISDA SYARFINI??..

Nama Nisda Syarfini adalah nama kedua saya selepas nama sebenar. Rata-rata pendapat mereka yang tidak mengenali saya akan mengatakan ianya seperti nama sebenar! Nama ini tidak pernah didaftarkan oleh mana-mana pihak di Jabatan Pendaftaran Negara. saya berani berkata demikian kerana sayalah perekanya! (Jika ada, mungkin individu tersebut berminat dengannya.. nak sangat jumpa!!)

Pandangan anda mengenai nama sebenar adalah sama sekali tidak benar! dan awas.. jangan menamakan anak anda dengan nama ini (sekiranya berhasrat).. bukan kerana hanya saya seorang yang berhak menggunakannya.. tetapi ianya adalah kerana.. nama ini tidak membawa apa-apa maksud!!

Benar! itulah apa yang saya ingin katakan.. selain itu, nama ini adalah nama yang saya reka sendiri hasil dari gabungan beberapa nama  saya dan sahabat-sahabat saya sendiri dari segi huruf yang terbit iaitu N.I.S.D.A.S.Y.A.R.F.I.N.I.. Apa2 pun, nama ini terlalu sinonim dengan saya sejak di bangku sekolah lagi iaitu ketika saya berusia 14 tahun.. rasanya, tidak perlulah saya merungkaikan setiap satu huruf tersebut kerana ianya nama perempuan belaka.. (kerana saya sempat bersekolah satu jantina sahaja)..

Asal-usul rekaan nama ini adalh ketika saya mencari-cari nama watak yang sesuai untuk digunakan bagi watak utama dalam cerpen yang saya sedang ilhamkan ketika itu (setelah berhari2 fikir).. Malangnya, ketika proses penyiapan dibuat, draf cerpen saya telah hilang entah ke mana. dan akibatnya, saya tidak lagi mahu menulis. Bukan kerana putus asa, tapi kesibukan yang menghalang. idea hanya muncul ketika anda berniat untuk meneruskan. kesimpulannya, memang tidak berhajat untuk meneruskan semula.

Nama ini kemudiannya, teruslah saya gunakan sehingga sekarang (selain beberapa nama yang lain).. itu sahaja apa yang dapat diceritakan pada masa ini. Ada hal lain yang perlu lebih perhatian.

Jumpa lagi!!

p/s : saya sama sekali tidak berminat dengan nisdawati.. kerana ada yang mengatakan saya tertarik dengan nama itu.. tidak.. tidak..

..PRU-12..

Seperti semua sedia maklum, Pilihanraya Umum di Malaysia kali ke-12 akan berlangsung pada 8 Mac 2008 iaitu esok. Rata-rata media baik elektrik dan elektronik terus-terusan memfokuskan tentang apa perkembangan yang berlaku. Jika anda membaca Utusan Online misalannya, anda akan mendapat maklumat terkini, siap dengan paparan masa kemaskini lagi! tidak cukup setakat akhbar, anda pastinya dapat merasa impak yang sama hebat baik ketika di dalam dewan kuliah sehinggalah ke jalanan.

Sana-sini rakyat Malaysia sibuk memperkatakan tentang manifesto2 dan isu2 yang timbul. Tidak kurang ada juga yang mengambil sikap acuh tak acuh. Pada pandangan saya, terpulanglah kepada cara anda, cuma, sedarlah sebagai rakyat Malaysia walaupun anda tidak cukup umur untuk mengundi, ambillah tahu apa yang ada di sekeliling anda. Walaupun tidak minat berpolitik seperti saya , sekurang2nya anda tahu apa yang berlaku di Malaysia ini.

PRU-12

Pesanan saya :Jangan bersikap membutakan mata dan memekakkan telinga, jangan kerana pilihanraya anda bermasam muka (berlainan haluan) dan jangan pula menjadi ekstrimis sehingga boleh mengeruhkan suasana. Ingatlah, sikap emosional hanya membakar diri anda sendiri.

Kepada yang layak mengundi, selamat menunaikan tanggungjawab anda sebagai rakyat Malaysia. Buatlah pilihan yang terbaik, anda punya pilihan tersendiri. Satu undi, satu kuasa.

Kepada yang pulang ke kampung halaman, berhati-hati di jalanraya.

..edit.. editing.. i’m luvin it..

1. me..

..me..

2 : honey lalala~~

..honey lalala~~..

3. anies..

..anies..

4. amy..

..amy..

5.zati n syue..

..zati n syue..

7. honey lalala~~ 2

..honey lalala~~ 2..

sila comment2..

..alarm.. oh.. alarm..

just nak share skit story.. tentang alarm a.k.a loceng penggera..

bila sembang-sembang tentang alarm nie.. commonly orang akan cakap :

1. alah.. dah biasa dah dengar..

2. walaupun bunyinyer bising.. kitorg still boleh tido lagi (klu dh ngantuk sgt).. 🙂

3. sakit telinga laa.. rasa nak letak bom jek..

bila bercakap tentang motif sebenar alarm tue dipasang, sume orang akan bersetuju dengan pendapat yang mengatakan kalau terbakar sekalipun, sume orang xkan meninggalkan bilik (termasuk yang menulis).. jawapannya, hanya satu kerana di mindsetting masing2 mungkin bunyi tue kerana perkara yang biasa2 aje.. alasannya,

“mesti aras tue sumer orang tengah rajin2 belaka.. nak iron bju serentak, masak nasi n lauk2 serentak (sebab nk buat open room), nak hisap rokok serentak (blok lelaki), tengah bakar colok laa tue (baunya..hmmmm).. & macam2 lagi la”

akibatnya, menyusahkan sume orang sebab terpaksa mendengar bunyi bingit yang berjaya dihasilkan.. kalau dapat dengar alunan muzik yang menyedapkan halwa telinga, tak mengapalah juga..

kat sini nak share satu cerita, di tengah2 kesibukan sume orang memahami & menjawab soalan midsem paper  Accounting Information System kat Bangunan Peperiksaan, aras 1, 3 mac 2008 yg lalu.. kedengaran lah bunyi alarm.. oleh kerana sume orang di dalam BP tue (hanya kesimpulan ringkas sahaja) dh biasa dengar bunyi alarm, sume orang bertindak tak mempedulikannya (walaupun dalam hati cakap.. aii, kat BP pn boleh bunyi gak?).. terlupa bahawa itu adalah BP.. hinggalah pintu di dewan utama itu di ketuk dengan kuatnya dari luar sebanyak 2x.. sume yang tengah concentrate termasuk lecturer terkejut.. “mungkin ada orang yang mengamuk agaknya..” lalu masuklah seorang pegawai & bertanya satu soalan cepumas.. “kamu nak terbakar dulu ke baru nk keluar dari tempat nie??” lebih kurang begitulah kata2nya dengan nada kecewa.. maka, yang lain pun berkata, “dah biasa dh dengar.. ingtkan xde pape.. hehehe..” sume orang bwt muka selamba hinggalah ada yang terkesima bila pakcik tue cakap, “ada asap kt aras bawah.. macam mana kamu boleh tak alert & buat macam xde pape. kalau terbakar macam mana??. kamu tau tak ade litar pintas kat bawah tue” maka, kecohlah sebentar tempat itu dengan pegawai tersebut, lecturer, n mereka yang sibuk ambil kesempatan berbincang & meniru.. papepun, kami berenam memang baik sebab tak terlibat dalam mana2 perkara tersebut.. jawab jek incase lecturer kata the test is valid..

kesimpulanya,

1. sume orang tak kuar dari dewan sebab pegawai tue kate sume orang boleh stay kemudiannya.. disebabkan kebakaran tue xd laa teruk sangat..

2. terima kasih kepada pakcik yang berjaya menggamatkan suasana sebentar.. anda telah berjaya memberi mereka laluan untuk meniru (perkara yang tak pernah berlaku di BP : bagi keizinan untuk meniru)

3. geram dekat lecturer.. knapa tak replace balik masa kitorang sebab tunggu nak dengar lecturer kate either valid or not the test.. dah la soalan banyak gilerr.. susah plak tue.. huhu.. xsempat nk jawab habis..

4. paling penting, kejadian telah menyebabkan.. ape yang orang katekan bila alarm berbunyi kerana benar2 ada kebakaran berlaku & sume orang tak mempedulikannya telah benar2 terjadi..

takziah kepada sume orang yang telah rentung kalau kebakaran tue sangat dahsyat & tak sempat menyelamatkan diri!! nauzubillah!!

ape pendapat anda? apa yang tindakan anda klu alarm di BP itu berbunyi lagi? huhu~~

..alhamdulillah..

firstly, sgt bersyukur kerana ada kesempatan untuk create new blog.. setelah menerima beberapa saranan dari insan bergelar manusia.. maka, timbul kembali keinginan untuk aktif kembali dalam dunia blogging.. actually, taknak laa formal sangat.. tapi, tak semua orang boleh faham dengan shortforms yang digunakan..

so, nak tanya which one you prefer? with shortforms.. without shortforms.. or mix both of it?? 😀

p/s :  thanx kerana kesudian berkunjung ke blog yang tak seberapa nie..

..WEBPAGE UNDER CONSTRUCTION!!..

DO VISIT IT LATER.. TQ.. 🙂