Pemakaian cincin adalah yang paling kerap di kalangan wanita dan lelaki tanpa mengira jenis apapun cincin yang dipakai. Jika dilihat pada masa sekarang ini, cincin yang dipakai manusia pada zaman ini adalah mengikut saiz cincin yang dibeli. Oleh itu, di sini dikongsi sedikit ilmu yang dah lama teringin saya nak kongsi bersama anda semua berkaitan dengan pemakaian cincin.

Hadis Pertama
Rasulullah pernah berpesan kepada menantunya Sayidina Ali selepas Ali berkahwin dengan puteri Rasulullah, Fatimah az-Zahra,
“Sekiranya kamu ingin memakai cincin, pakailah di jari manis dan juga kelingking. Jangan pakai di jari tengah dan telunjuk kerana itu adalah cara berhias bagi umat Nabi Luth A.S.”
Hadis Kedua
Berdasarkan hadith daripada Anas bin Malek :
“ Adalah cincin Nabi SAW dipakai pada tangan ini ( Dan dia menunjukkan kepada kelingking jari kiri)”.
- Hadith Riwayat Muslim
Hadis Ketiga
Di samping itu Ali bin Abi Talib berkata “ Rasulullah SAW telah melarang saya memakai cincin pada jari telunjuk atau jari yang mengiringinya( jari tengah atau jari hantu)”.
- Hadith riwatat Muslim, Abu Daud At-Tirmizi dan An-Nasai
Perhatian : Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.
8 Comments
Comments RSS TrackBack Identifier URI


cincin di jari manis bukti kita sudah berpunya.. berkesan!
nisdasyarfini : memang berkesan..
saye tak pedulik!
saye nak gamba
xD
nisdasyarfini : tengah nak upload daa kudozu.. sabar yea..
eleh…cincin la pulak…adakah ini proses mengcover??…kui kui….gmbr mane der??…send email ok….hahaha….
nisdasyarfini : sabar2.. hahaha..
tahniah yer!!!!!
nisdasyarfini : tq.. =)
salam singgah..
bagus entri ini..
tahniah
post yg bagus..tp tgh mencari artikel mengenai pemakaian cincin di jari tengah dan jari manis, sebab ada kwn bgtau, boleh pakai kt jari tengah kalau pakai kt jari manis gak..
sayangnya belum punya cincin
dan belum ada yang bisa di ajak tukar cincin he2